Saturday, March 28, 2009

Bengkel Pemantapan Proposal Kajian 2009

Ipoh, Perak - Seramai 25 orang pasukan penyelidik termasuk urus setia telah berkampung di Hotel Heritage, Ipoh bagi mengikuti bengkel pemantapan proposal kajian bagi tahun 2009. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memantapkan lagi proposal yang telah disediakan sebelum ini.
Fasilitator yang memberi bimbingan dalam bengkel ini terdiri daripada Dr Suria Baba, Dr Ranjit Kaur, Cik Hajah Fatimah Idris dan Encik Tajuldin Muhammad. Bagi memantapkan lagi bimbingan, jabatan ini telah mendapatkan khidmat pakar daripada Unit Pusat Komputer iaitu Encik Ahmad Ridzuan Abdul Talib bagi membantu dari segi kemudahan teknologi dan khidmat 'troubleshooting'.
Kehadiran Yang Berbahagia Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu menyemarakkan lagi semangat para penyelidik untuk menyempurnakan tugasan dan tanggugjawab masing-masing. Ketika berucap merasmikan bengkel, beliau menekankan tentang kepentingan untuk menguasai dan memantapkan ilmu dalam penyelidikan serta membudayakan penyelidikan dalam diri setiap pensyarah.
Menurut beliau lagi, penyelidikan dan inovasi seharusnya dijadikan suatu pendekatan bagi menambah baik cara mengajar.
"Kita tidak mahu melahirkan guru yang tidak sesuai pada zamannya," kata beliau lagi.

No comments: