Monday, November 22, 2010

TRIANGULASI DALAM KAJIAN KUALITATIF

‘Triangulation’ digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:

  1. Membandingkan pelbagai punca data – responden, masa dan tempat
  2. Membandingkan pelbagai keputusan responden
  3. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data (Gay & Airasian, 2000)

Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza. Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat mana kala triangulasi responden adalah data yang diperoleh daripada perbagai responden iaitu daripada seseorang atau kumpulan. Pelbagai keputusan responden bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama. Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama. Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.

Friday, October 29, 2010

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI TELAH ADA PEMENANG....

Alhamdulillah, pertandingan Anugerah Inovasi telah mendapat pemenangnya untuk kategori pensyarah dan pensyarah+ pelajar. Tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya menarik perhatian para hakim yang bijaksana. Wahana E- Pembelajaran dan Warna dan Ton telah memenangi tempat pertama dan kedua kategori pensyarah mana kala Tumbuhan Fiber, Klik Buku Saya dan Karom Bergambar telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga kategori pensyarah+pelajar. Tahniah sekali lagi daripada pihak Urusetia Pertandingan.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Noryati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG KPM. Turut serta dlam majlis ini ialah Pengarah yang disayangi, Puan Soriah binti Abdullah dan Timbalan Pengarah, Puan Hajah Jamaliah binti Mohd Salleh. Terima kasih atas kehadiran...


Pihak Urusetia juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK pengelola, sahabat-sahabat yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan ini. Semoga berjumpa lagi di tahun 2011. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

ANUGERAH INOVASI PEDAGOGI IPG KBM


Tahniah kepada semua peserta pertandingan kerana telah berusaha dengan bersunggguh-sungguh menyediakan bahan dan alatan pedagogi untuk dipertandingkan. Kesemua bahan dan alatan yang dipamerkan sungguh menarik dan memberangsangkan. Semoga kreativiti pelajar ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, inovasi pedagogi ini juga membantu membuka dan mengembangkan idea pembinaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid-murid untuk terus belajar. Selamat Maju Jaya.

HAKIM PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI IPG KBM




Hakim-hakim pertandingan Anugerah Inovasi IPG KBM terdiri daripada Encik Kamal bin Dasuki (mantan pensyarah IPBMM), Tn. Hj. Alias bin Said (IPG Kampus Teknik), Encik Lee Thoo Hai, YBhg. Dr. Ali bin Mahmood, Puan Hjh. Norzaini binti Yang dan Cik Kalaivalli a/p Ratnam

Kelihatan Puan Maimunah binti Samat berada bersama dalam bilik hakim.
Mr Lee sedang sibuk menyusun borang-borang pertandingan beserta abstrak yang dihantar untuk dipertandingkan. Puan Hjh. Norzaini pula telah mendahului hakim-hakim lain untuk membuat penilaian. Hari ini merupakan hari pertama pertandingan dengan 41 penyertaan daripada pensyarah/ pelajar dan 4 penyertaan daripada pensyarah. Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya mewakili jabatan masing-masing. Semoga berjaya!!!!

Friday, October 22, 2010

PENULISAN ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

Abstrak dalam kajian tindakan agak berbeza dengan abstrak dalam penyelidikan konvensional. Abstrak dalam kajian tindakan mengandungi beberapa perkara penting iaitu:
  1. Fokus kajian penyelidikan tindakan
  2. Kumpulan sasaran
  3. Tinjauan awal masalah kajian, Instrumen yang digunakan
  4. Hasil tinjauan awal
  5. Perancangan tindakan iaitu penerangan ringkas tindakan yang dijalankan sebagai intervensi untuk tujuan penambaikan
  6. Hasil yang diperoleh selepas intervensi yang dijalankan
  7. Cadangan kajian seterusnya (jika perlu)

22.10.2010

Tuesday, October 19, 2010

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 27-28 OKTOBER 2010
HARI : RABU -KHAMIS
TEMPAT : DEWAN ZA'ABA, IPG KAMPUS BM
PERASMI PENUTUP : YBHG Dr. AMIN BIN SENIN (TIMBALAN REKTOR IPG KPM)
PENYELARAS : JPIPK
TEMA : INOVASI PEDAGOGI PEMACU KUALITI PROFESIONALISME KEGURUAN. SELAMAT BERINOVASI!!!!!!

Sunday, September 26, 2010

TAHNIAH!!! Semuanya telah selesai: Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Semester 8

Alhamdulillah, tamat sudah Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar Semester 8 selama 3 hari di IPG KBM. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya membentangkan hasil dapatan mereka dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan pensyarah. Semoga pembentangan ini dapat membantu menghasilkan penulisan laporan penyelidikan tindakan yang berkualiti supaya boleh dijadikan panduan oleh penyelidik akan datang. Terima kasih kepada Puan Pengarah, Puan Soriah binti Abdullah kerana sudi hadir untuk menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada AJK Pelaksana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat JPIPK, para pensyarah dan pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Wednesday, September 8, 2010

FORMAT PENULISAN ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN


TAJUK - Rujuk objektif kajian, variabel kajian
NAMA PENYELIDIK –
ABSTRAK – tujuan, metodologi, hasil, batasan kajian, implikasi kajian, ketulenan, kata kunci
PENGENALAN – Refleksi P & P, Refleksi nilai pendidikan, isu, objektif, soalan
TINJAUAN LITERATUR – definisi operasi, kajian lepas, hipotesis, literature, model, teori (jika ada)
METODOLOGI – kumpulan sasaran, instrumen, kesahan & kebolehpercayaan(jika ada), tindakan yang dijalankan, cara pengumpulan data
KEPUTUSAN – analisis deskriptif, inferensi
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN – rumusan, cadangan kajian seterusnya
RUJUKAN – mengikut APA


* Cadangan format kepada pelajar PISMP sem. 8,

JPIPK, IPG KBM



Friday, September 3, 2010

Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan Tindakan Pelajar Sem. 8 IPG KBM

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP SEM. 8

Untuk makluman kepada semua pensyarah dan pelajar IPG KBM

TARIKH : 22-24 Sept. 2010
TEMPAT : Dewan Tun Seri Lanang, IPG KBM
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Selamat menyediakan artikel penyelidikan dan persembahan kertas kerja.
JPIPK

Tamat sudah Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, Seminar Penyelidikan yang diadakan pada 24 Ogos 2010 telah tamat dengan jayanya. Pihak urus setia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Baiduriah binti Yaakub atas kesudiaan beliau untuk hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan, penyampaian sijil dan melancarkan Jurnal Semarak Bahasa Bil 2/2009. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah dan Puan Jamaliah binti Mohd Salleh, Timbalan Pengarah, IPG KBM atas kehadiran dan sokongan mereka.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah atas sokongan dan komitmen anda pada seminar berkenaan.

Pihak JPIPK juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK Pelaksana iaitu terdiri daripada pelajar PISMP Sem. 8, IPG Kampus Bahasa Melayu atas kesungguhan mereka menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM. KJPIPK.

Thursday, August 19, 2010

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
TAHUN 2010

TEMA: SEMINAR PENYELIDIKAN ASAS INOVASI PROFESIONALISME PENDIDIKAN
TARIKH : 24 OGOS 2010
TEMPAT : DEWAN TUN SRI LANANG, IPG KBM
PEMBENTANG : PENYELIDIK JABATAN /UNIT TAHUN 2009 DAN 2010
PESERTA : PENSYARAH,PELAJAR SEMESTER 8 DAN 6
MAJLIS PENUTUPAN : 12.00 TENGAH HARI

SEMUA PENSYARAH DIJEMPUT HADIR