Monday, November 22, 2010

TRIANGULASI DALAM KAJIAN KUALITATIF

‘Triangulation’ digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:

  1. Membandingkan pelbagai punca data – responden, masa dan tempat
  2. Membandingkan pelbagai keputusan responden
  3. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data (Gay & Airasian, 2000)

Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza. Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat mana kala triangulasi responden adalah data yang diperoleh daripada perbagai responden iaitu daripada seseorang atau kumpulan. Pelbagai keputusan responden bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama. Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama. Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.

No comments: