Friday, February 11, 2011

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN DALAM PENULISAN TESIS

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.


Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

10 comments:

Anonymous said...

Adakah pernyataan masalah kajian dan persoalan kajian adalah sama?

JPIPK@IPG KBM said...

pernyataan masalah adalah masalah/ isu yang ingin diselesaikan melalui kajian yang dijalankan mana kala persoalan kajian dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi. persoalan kajian dalam bentuk soalan dengan tanda soal (???) tetapi pernyataan masalah adalah seperti yang diterangkan di atas. Tk.

Anonymous said...

oleh itu, dalam kajian adakah persoalan kajian dan pernyataan kajian ditulis berasingan atau ditulis dalam satu topik yang sama?

JPIPK@IPG KBM said...

Pernyataan kajian??? Em... Pernyataan masalah... Persoalan kajian memang ditulis secara berasingan. Kedua-duanya adalah berbeza. mohon semak contoh penulisan tesis spy lebih jelas..

Anonymous said...

salam, adakah sama pernyataan masalah dengan permasalahan kajian.. tq

JPIPK@IPG KBM said...

Permyataan masalah dan permasalahan kajian adalah perkara yg sama. Penggunaan istilah je yg berbeza.

Unknown said...

Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.


Unknown said...

Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.


Anonymous said...

x fhm...knapa msti ada kajian lepas dlm problem statement?

JPIPK@IPG KBM said...

Sebenarnya cara penulisan pernyataan masalah berbeza mengikut bidang kajian yang dijalankan. Dalam penulisan pernyataan masalah diatas, kajian lepas dipaparkan dengan tujuan untuk menerangkan/ menyokong kepentingan kajian berkenaan. Kenapa kajian ini amat penting dijalankan? Apakah implikasinya kepada organisasi? Itu pun jika ada...