Saturday, August 13, 2011

PENYELIA O PENYELIA - TAJUK DAN PERSOALAN KAJIAN

BUNGA O BUNGA
PENYELIA O PENYELIA
PELAJAR O PELAJAR


Cara penulisan tajuk dalam penyelidikan tindakan adalah berbeza dengan penulisan tajuk dalam penyelidikan konvensional. Penggunaan perkataan 'meningkatkan', 'mengembangkan', 'memotivasikan' dan yang sewaktu dengannya adalah digalakkan.
Perkataan 'keberkesanan' biasanya digunakan dalam penyelidikan berbentuk eksperimen iaitu untuk melihat keberkesanan program yang dirancang. Dalam kajian ini, terdapat kumpulan kawalan. Wal hal dalam panyelidikan tindakan, tidak ada kumpulan kawalan.

Persoalan kajian... semestinya berkaitan dengan penyelidikan tindakan yang dijalankan. Jangan pula persoalan kajian berbentuk kajian kes atau yang sewaktu dengannya. Kajian kes dilakukan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan isu yang dikaji. HARAP MAKLUM.

Semoga coretan ringkas ini dapat memantapkan ilmu pengetahuan berkaitan penyelidikan tindakan.

SELAMAT BERPUASA.
SEMOGA MENDAPAT KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.
INSYAALLAH.

No comments: