Thursday, November 24, 2011

Abstrak Kajian Tindakan PISMP Sem 8 B Ambilan 2008

PENGGUNAAN VIDEO ANIMASI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTER PERSONAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Amirul Faiz Bin Abdul Raof

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala interpersonal oleh murid prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah ialah kelemahan untuk berkomunikasi secara interpersonal atau dua hala di prasekolah. Tinjauan awal telah dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah yang benar-benar dihadapi oleh murid. Atas kesedaran ini, pengkaji menjalankan kajian ini dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi dan dikuasai oleh murid melalui pendekatan penggunaan bahan multimedia iaitu video animasi. Kajian ini dilaksanakan terhadap lima orang murid prasekolah yang dipercayai mempunyai masalah dari segi kemahiran komunikasi interpersonal dengan menggunakan bahan audi-visual ( video animasi ) sebagai ransangan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal murid. Instrument yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah senarai semak, borang soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan bahan audio visual (video animasi ) ini berkesan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal murid prasekolah. Bahan audio visual (video animasi) ini harus diperluaskan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah kerana dapatan kajian ini menunjukkan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran member kesan positif dalam meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal murid prasekolah.

Abstract

This Action research is being conducted to improve interpersonal communication skills of pre-schoolers. Lewin (1946) and Laidlaw (1992)has been used as guide for this research. The pre-schoolers faced interpersonal communication problems. Initial survey was carried out to identify real problem faced by students. After realizing this problem, the researcher conducting this study and felt that this problem can be overcome and mastered by student through a multimedia approach which was a video animation. This study was performed on five pre-schoolers who are believed to have problems in would interpersonal commuinication and using video animation as a stimulus would help students improve their interpersonal communication skills. The instruments used to measure this study among others including checklist, questionnaires and interviews. The findings prove that the method of teaching using audio-visual materials (video animation) is effective for improving interpersonal communication skills of pre-schoolers. Video animation should be expanded to use in teaching and learning method in preschool because it has positive effect in improving interpersonal communication skills of pre-schoolers


PENGGUNAAN CARTA LIRIK NYANYIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA TERUS SUKU KATA KVKV

MURID PRASEKOLAH

Fairuz Bt Mohd Fadzil

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengetahui keupayaan murid prasekolah dalam kemahiran membaca terus suku kata KVKV dengan menggunakan teknik carta lirik nyanyian. Responden terdiri daripada 5 orang murid prasekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang mempunyai masalah dalam membunyikan suku kata KVKVdalam ujian diagnostik yang lalu. Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah ujian diagnostik, ujian awal dan ujian akhir serta pemerhatian berstruktur. Tindakan yang dijalankan adalah selama dua minggu di mana bagi setiap minggu, dua hari digunakan bagi menjalankan intervensi. Data intervensi kemudiannya dikumpulkan melalui ujian awal dan akhir serta pemerhatian jenis senarai semak. Hasil daripada data yang dianalisis, didapati semua responden telah memperolehi peningkatan yang tinggi dalam ujian akhir yang dijalankan selepas intervensi. Dapatan ini juga turut disokong melalui pemerhatian berbentuk senarai semak yang dijalankan semasa pengajaran Tunjang Bahasa Melayu. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa carta lirik nyanyian adalah sangat membantu dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca terus suku kata KVKV. Bagi masa yang akan datang, aktiviti pergerakan boleh ditambah bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Abstract

This action research was conducted to determine the ability of preschool pupils to read KVKV syllables using song lyrics chart. This study involved five preschool pupils who have trouble ini sounding KVKV. The pupils were from one of the schools in Kuala Lumpur. The research instruments used in this study were a diagnostic test, a pre and post test as well as a structured observation. Actions are carried out for two weeks in which for each week, two days were used to carry out interventions. Later, the intervention data from the pre and post tests and the observation checklists were collected and analysed. The data found that all of the respondents had obtained a substantial increase in the post test conducted after the intervention. The finding is also supported by the observation conducted in the form of a checklist during theprocess of teachingand learning Malay Language in the classroom. The results of tis study have shown that song lyrics chart is very helpful in increasing students’ mastery of reading KVKV syllable. Using song lyrics chart with planning a movements is recommended to be used to obtain information related to the study in the future research.

Kata Kunci: carta lirik nyanyian, murid prasekolah, membaca terus, suku kata KVKV



APLIKASI KAD NOMBOR KERTAS PASIR(SANDPAPER NUMBER) MEMBANTU KEMAHIRAN MENGECAMKAN SIMBOL NOMBOR

Harzunika Bt A. Hamid

ABSTRAK

Kajian ini merupakan Kajian Tindakan yang dijalankan untuk membantu kemahiran mengecamkan simbol nombor 1 hingga 10 dalam kalangan murid prasekolah supaya dapat menguasai konsep awal nombor dengan mudah. Tinjauan masalah mendapati murid tidak dapat mengecamkan simbol dengan betul serta sering tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini menggunakan alat kajian seperti ujian, pemerhatian, dan temu bual. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratus, petikan perbualan dan naratif tingkah laku responden dalam kajian). Responden kajian terdiri daripada empat orang murid prasekolah. Intervensi yang dijalankan adalah apabila kad nombor kertas pasir(sandpaper number) diaplikasikan untuk membantu kemahiran mengecamkan simbol nombor dalam kalangan murid. Kaedah ini boleh membantu murid meningkatkan kemahiran pengecaman simbol nombor seterusnya membolehkan mereka menguasai konsep nombor untuk peringkat yang lebih tinggi. Hasil analisis mendapati bahawa murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengecam simbol nombor 1 hingga 10. Dapatan kajian juga mendapati bahawa nombor yang paling mudah dicamkan simbolnya oleh responden ialah nombor 1 manakala nombor yang sukat untuk dicamkan simbolnya ialah nombor 6. Aplikasi kad nombor kertas pasir(sandpaper number) dapat membantu kemahiran mengecamkan simbol nombor dalam kalangan murid prasekolah.

ABSTRACT

This study was carried out to help the number recognition skills of 1 to 10 among preschool pupils in order to make them power the number concept easily. The survey of the problem indicates that the pupils were not been able to recognize the symbols of the number present and could not pay enough attention during mathematics lesson. This study used the research instrument such as test, observations, and interviews. Data were analyzed using descriptive analysis (frequencies, percentages, and conversation transcript). There were four respondent of this study. Interventions were given to the respondent by applying sandpaper number to help number recognition skills among the pupils. This teaching method would able to help the pupils enhance their number recognition skills then mastering the number concept of the next level. The analysis results reveal that the pupils do increase in number recognition skills of 1 to 10. The analysis data also shows that the symbol number of 1 is the easiest number that had been recognized by the respondent while number 6 is the hard number to be recognized. The applying of sandpaper number help number recognition skills among preschool pupils.

PERLAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS MEMBANTU KREATIVITI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

JUAINI AMALINA BT JAMALUDIN

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana perlaksanaan aktiviti melukis berasaskan bentuk dan secara mudah ke susah dapat membantu kreativiti kanak-kanak prasekolah. Responden dalam kajian ini terdiri daripada enam orang kanak-kanak prasekolah daripada sebuah sekolah di daerah Subang Jaya yang didapati mengalami masalah kreativiti. Alat kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan tahap kreativiti yang ketara sewaktu perlaksanaan Aktiviti Melukis 4 berbanding sewaktu Aktiviti Melukis 1. Tingkah laku negatif terhadap kreativiti yang jelas ditunjukkan oleh semua responden juga didapati berkurangan berdasarkan data yang dianalisis. Terdapat seorang responden yang telah berjaya memperoleh markah cemerlang iaitu 94% sewaktu Aktiviti 4. Keputusan kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan aktiviti melukis berasaskan bentuk geometri sangat berkesan membantu kreativiti kanak-kanak prasekolah.

ABSTRACT

This research is conducted to determine the extent of preschool children creativity by the implementation of drawing based activity. Respondents in this study consist of six preschool children from a school in the district of Subang Jaya that is found to have the problem of creativity. The data has been collected by using observation, interviews and document analysis. Results of data analysis stated that all the respondents showed a significant increase in the level of creativity during the implementation of Drawing Activity 4 compare to the Drawing Activity 1. Negative behaviors towards creativity that has been clearly demonstrated by all the respondents in the beginning also found to be reduced based on the data analysis. There was one respondent who has successfully obtained excellent scores of 94% during Drawing Activity 4. The study showed that the implementation drawing activities are effective in helping the creativity of preschool children.


PENINGKATAN KEMAHIRAN MENULIS NOMBOR 1 HINGGA 1O DALAM

KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI AKTIVITI

“SAND TRAY”

Mawardi Bin Md Yusof

ABSTRAK

Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis nombor dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan aktiviti Sand Tray. Seramai empat orang subjek dipilih dari sebuah sekolah di daerah Segambut, Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai subjek kajian. Pemilihan subjek dipilih melalui ujian dan analisis dokumen yang dilakukan. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).pengkaji hanya menggunakan satu lingkaran di dalam kajian yang dijalankan. Alat kajian yang digunakan ialah ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi dan pemerhatian sebelum intervensi serta pemerhatian selepas intervensi. Hasil analisis data menunjukkan kadar lulus pada ujian sebelum intervensi ialah 33 % meningkat sebanyak 62 % menjadikan 95 % pada ujian selepas intervensi. Kadar gagal pada ujian sebelum intervensi ialah 33 peratus menurun sebanyak 28 % menjadikan 5 % pada ujian selepas intervensi. Manakala bagi proses pemerhatian, Subjek A mengalami peningkatan sebanyak 30 % manakala subjek B mengalami peningkatan sebanyak 15 %. Subjek C mengalami peningkatan sebanyak 30 % dan subjek D mengalami peningkatan sebanyak 25 %. Peratusan peningkatan yang paling tinggi ialah subjek A dan subjek C iaitu sebanyak 30 %. Manakala peningkatan peratusan paling rendah ialah subjek B iaitu sebanyak 15%. Cadangan lanjutan bagi kajian ini ialah dengan mengaplikasikan aktiviti ini kepada murid-murid tahap satu dan murid-murid pemulihan. Murid-murid tersebut mungkin dapat dipertingkatkan kemahiran menulis mereka dengan menggunakan aktiviti “Sand Tray” ini.

ABSTRAK

Conducted action research seeks to improve writing skills in a number of preschool children using Sand Tray activities. A total of four subjects selected from a school in Segambut, Kuala Lumpur to serve as research subjects. Selection of subjects were selected through tests and analysis of documents done. For this study, researchers have applied the model of Lewin (1946) and Laidlaw (1992). Researchers only use one circle in the study. Research tool used was the test before the intervention, the test after the intervention and observations before the intervention and observation after the intervention. Data analysis results show the test pass rate was 33% before the intervention increased by 62% making 95% on the test after the intervention. Failure rate in tests before intervention was 33 percent declined by 28% making 5% on the test after the intervention. While the process of observation, Subject A had an increase of 30%, while subject B had an increase of 15%. Subject C has increased by 30% and subject D had an increase of 25%. The highest percentage increase is the subject of subjects A and C by 30%. While the lowest percentage increase was the subject B is 15%. The proposed extension of this study is to apply this activity to the level of students and pupils of recovery. Pupils may be further enhanced their writing skills by using the "Sand Tray" is.


Teknik Menyentuh Huruf Timbul Dapat Mengatasi Kekeliruan Menulis

Huruf Kecil b, d, p, Dan q Dalam Kalangan Murid Prasekolah

Mohd Hafis Hafifi bin Hafhas

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengesan masalah kekeliruan menulis huruf kecil b, d, p dan q dalam kalangan murid prasekolah di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan teknik menyentuh huruf timbul membantu mengatasi kekeliruan menulis huruf kecil dalam kalangan murid prasekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid memperbaiki tulisan menjadi baik dan kemas dengan menggunakan teknik menyentuh huruf timbul. Sampel kajian ini terdiri daripada dua orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Instrumen kajian yang digunakan adalah Tinjauan Awal Masalah dan Ujian Selepas Intervensi serta pemerhatian tidak berstruktur. Dapatan daripada Tinjauan Awal Masalah dan Ujian Selepas Intervensi menunjukkan peningkatan sebanyak 35%-65% untuk kesemua responden iaitu Responden A dan Responden B. Manakala hasil pemerhatian tidak berstruktur pula menunjukkan murid menguasai kemahiran mengenal dan membezakan huruf dengan betul dan lancar. Hasil kajian ini mendapati kedua-dua responden menunjukkan perubahan yang positif. Kajian ini juga mendapati teknik menyentuh huruf timbul boleh digunakan untuk membantu mengatasi kekeliruan menulis huruf kecil dan memperbaiki tulisan kanak-kanak menjadi lebih baik dan kemas.

ABSTRACT

This study was conducted to detect the problem of confusion small letter b, d, p dan q among pre-school students at one school in Kuala Lumpur. The purpose of this study to look at the effectiveness of touch techniques to help overcome the confusion arising letters to write small letters among pre-schoolers. The study also aims to help students improve wrting a good and orderly with letters touching techniques arise. This sample consists of two pre-school pupils in one school in Kuala Lumpur. Research instrument used is the Problem and Test Review After Early Intervention and unstructured observation. Finding from the survey and Test Problem After Early Intervention showed an increase of 35%-65% of all respondents that Respondent A and Respondent B while unstructured observations showed that students master the skills of recognizing and distinguishing letters correctly and smoothly. The results of this study found both respondents showed positive change. The study also found that the letter arose touching techniques can be used to help overcome the confusion of a small letter and improve children’s writing for the better and neat.


PENGGUNAAN AKTIVITI “ PRETEND PLAY UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Muhamad Sahid bin Abu Bakar

ABSTRAK

Kemahiran sosial sangat penting untuk dibangunkan dalam diri kanak-kanak prasekolah. Kegagalan membina kemahiran sosial yang baik dalam kalangan murid prasekolah akan memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka dan seterusnya menghadapi masalah di sekolah. Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran sosial murid prasekolah dengan menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain iaitu aktiviti “Pretend Play”. Kajian dijalankan ke atas tiga orang murid prasekolah iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Tinjauan masalah yang dijalankan menggunakan temu bual separa struktur dan pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak kemahiran sosial yang mengandungi lapan item kemahiran sosial mendapati murid tidak dapat membina kemahiran sosial yang baik dengan rakan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid hanya berada pada skala 1 dan 2 sahaja berdasarkan skala pemerhatian yang disediakan pengkaji. Justeru itu, pengkaji telah menjalankan empat aktiviti “pretend play” untuk meningkatkan kemahiran sosial murid. Dapatan kajian selepas tindakan intervensi menggunakan borang senarai semak pemerhatian dan temu bual dengan guru prasekolah menunjukkan peningkatan kemahiran sosial murid prasekolah selepas menjalankan aktiviti “pretend play”. Murid telah menunjukkan peningkatan berdasarkan skala pencapaian item kemahiran sosial yang diperhatikan dan hasil temu bual dengan guru prasekolah. Namun, pengkaji mencadangkan kajian lanjut untuk pengkaji seterusnya dengan memanjangkan tempoh tindakan intervensi dan menambahkan bilangan item kemahiran sosial serta mempelbagai aktiviti “pretend play” yang ingin dijalankan.

Kata kunci: kemahiran sosial, “ pretend play ”

ABSTRACT

Social skills are very important to be developed in early childhood. Failure to develop good social skills among pre-schoolers will affect their academic performance and then having school difficulties. The main purpose of this research was to enhance social skills among pre-schoolers using Learning through Play Approach which is Pretend Play. The sample in this study consisted of three six-year-old preschool children. This research focused on eight listed social skills in social skills checklist. Semi-structured interview and observation was the methods of data collection in this study. Four Pretend Play’s activities were conducted in this study. The finding of the research showed that Pretend Play can enhance social skills among preschoolers.For futher research,, researcher suggested to use various activities of Pretend Play and more listed social skills. The third suggestion is to extend the time of intervention Pretend Play’s activities.

Keywords: social skills, pretend play


PENGGUNAAN AKTIVITI “ PRETEND PLAY UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Muhamad Sahid bin Abu Bakar

ABSTRAK

Kemahiran sosial sangat penting untuk dibangunkan dalam diri kanak-kanak prasekolah. Kegagalan membina kemahiran sosial yang baik dalam kalangan murid prasekolah akan memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka dan seterusnya menghadapi masalah di sekolah. Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran sosial murid prasekolah dengan menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain iaitu aktiviti “Pretend Play”. Kajian dijalankan ke atas tiga orang murid prasekolah iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Tinjauan masalah yang dijalankan menggunakan temu bual separa struktur dan pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak kemahiran sosial yang mengandungi lapan item kemahiran sosial mendapati murid tidak dapat membina kemahiran sosial yang baik dengan rakan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid hanya berada pada skala 1 dan 2 sahaja berdasarkan skala pemerhatian yang disediakan pengkaji. Justeru itu, pengkaji telah menjalankan empat aktiviti “pretend play” untuk meningkatkan kemahiran sosial murid. Dapatan kajian selepas tindakan intervensi menggunakan borang senarai semak pemerhatian dan temu bual dengan guru prasekolah menunjukkan peningkatan kemahiran sosial murid prasekolah selepas menjalankan aktiviti “pretend play”. Murid telah menunjukkan peningkatan berdasarkan skala pencapaian item kemahiran sosial yang diperhatikan dan hasil temu bual dengan guru prasekolah. Namun, pengkaji mencadangkan kajian lanjut untuk pengkaji seterusnya dengan memanjangkan tempoh tindakan intervensi dan menambahkan bilangan item kemahiran sosial serta mempelbagai aktiviti “pretend play” yang ingin dijalankan.

Kata kunci: kemahiran sosial, “ pretend play ”

ABSTRACT

Social skills are very important to be developed in early childhood. Failure to develop good social skills among pre-schoolers will affect their academic performance and then having school difficulties. The main purpose of this research was to enhance social skills among pre-schoolers using Learning through Play Approach which is Pretend Play. The sample in this study consisted of three six-year-old preschool children. This research focused on eight listed social skills in social skills checklist. Semi-structured interview and observation was the methods of data collection in this study. Four Pretend Play’s activities were conducted in this study. The finding of the research showed that Pretend Play can enhance social skills among preschoolers.For futher research,, researcher suggested to use various activities of Pretend Play and more listed social skills. The third suggestion is to extend the time of intervention Pretend Play’s activities.

Keywords: social skills, pretend play


LATIHAN TULISAN TANGAN MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Norkamalia Binti Muhamad Razali

Abstrak


Kajian ini dilakukan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan Latihan Tulisan Tangan. Dijalankan keatas kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menulis huruf kecil. Ujian, pemerhatian tidak berstruktur dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Responden kajian terdiri daripada tiga orang kanak-kanak prasekolah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (peratusan dan rumusan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah dalam kemahiran menulis yang dihadapi oleh kanak-kanak ini berpunca daripada kemahiran yang tidak dilatih. Oleh itu, kanak-kanak belum dapat menguasai kemahiran menulis sepenuhnya terutama dalam menulis huruf kecil. Latihan digunakan bagi mengatasi masalah dalam kemahiran menulis bentuk-bentuk huruf seterusnya membantu kanak-kanak menyiapkan lembaran kerja mereka. Dalam intervensi ini, kanak-kanak akan dibimbing untuk menulis bentuk-bentuk huruf secara individu. Intervensi diberikan dengan berlandaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan melalui Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu dimana dalam kemahiran menulis, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran pratulis sebelum menguasai kemahiran menulis yang dibawahnya memerlukan kanak-kanak menulis betuk-bentuk huruf. Hasil daripada intervensi yang diberikan, kanak-kanak boleh menulis bentuk-bentuk huruf kecil dengan yakin dan tulisan yang dihasilkan membentuk huruf yang dikehendaki. Dengan ini, kemahiran membentuk huruf dapat ditingkatkan dan masalah menyiapkan lembaran kerja dapat ditangani. Hal ini menunjukkan bahawa Latihan Tulisan Tangan yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran menulis bentuk-bentuk huruf kecil oleh kanak-kanak prasekolah. Pada masa akan datang, pengkaji mencadangkan agar kajian yang sama dilakukan keatas aktiviti menulis huruf jawi dan huruf besar ke atas kanak-kanak.


Abstract

This research was done to help increase writing skill among preschool children. It was carried out on children that had problem in writing mall alphabets. Test, observation method and analyses of document were used as research instruments. This instrument was very important to observe the achievement among preschool children. The respondents consisted of three preschool children. The data was analyzed using descriptive analyses such as percentage and summary. Based on the researcher’s reflection, the problem of writing among preschool children stem from not enough writing practice. Therefore, children cannot improve their writing abilities especially in writing small alphabets. Exercises were used in this research to overcome the problem of writing alphabet shapes as well as helping them finish their worksheets. In the intervention programmer carried out, children were guided to write alphabet shape individually. The intervention was done based on KSPK using Bahasa Melayu Communication strands. From the intervention given, children could write the shape of alphabet more confidently. This showed that alphabet shape skills had increase and the problem in finishing worksheet had been solve. This proved that using handwriting exercise as intervention could help improve writing skills. In the future, the researcher suggests that further research do the same intervention but different scope which is writing activity in capital letter and “Jawi”. This can help preschool teachers to apply it in their classroom and it can increase the quality of the teaching and learning process.


PENGGUNAAN PERMAINAN “MUSICAL DICE ” MEMBANTU MENINGKATKAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

Norsaidatul Hafizah Binti Mahad

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan permainan “Musical Dice” dalam membantu meningkatkan komunikasi interpersonal dalam kalangan murid prasekolah. Justeru, dengan adanya kajian ini, pengkaji mengharapkan agar kajian tersebut dapat membantu serta memberi panduan kepada guru-guru prasekolah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan permainan bahasa iaitu dengan menggunakan permainan “Musical Dice”. Kajian ini akan menunjukkan bahawa kesesuaian penggunaan permainan “ Musical Dice” dalam kalangan murid prasekolah khususnya bagi meningkatkan komunikasi interpersonal murid bersama rakan dan guru. Justeru itu, suatu pemerhatian dan kajian telah dijalankan dalam kelas prasekolah yang dipilih. Data serta maklumat yang dikumpul dan diperoleh didapati daripada pihak sekolah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Responden terdiri daripada lima orang murid dari kelas Prasekolah Seri Anggerik yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi secara interpersonal. Tindakan yang dijalankan adalah sepanjang dua minggu bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan permainan “Musical Dice” selama 20 minit. Di samping itu, hasil kajian juga diperoleh daripada instrumen kajian seperti pemerhatian terhadap murid, senarai semak dan temubual terhadap guru prasekolah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa permainan “Musical Dice” adalah sangat berkesan bagi meningkatkan komunikasi interpersonal murid-murid prasekolah terutamanya bersama rakan dan guru.

Abstract

This kind of research was done due to identify how far the usage of the “Musical Dice” in order to help to increase the interpersonal communication amongst the preschool pupils. In addition, such research would help the preschool teachers to guide the pupils enabling them to do all learning and teaching activities by using such game i.e. the “Musical Dice”.
The research also shows that the concept of “Musical Dice” suits amongst the preschool pupils especially it enables them to improve the communication skill between the teachers and the pupils itself. Therefore, observation has been made at the chosen preschool which was located at Cheras, Kuala Lumpur which the data and all of the information were obtained. Respondents were from five pupils of Seri Anggerik Preschool which obtained difficulties in communicating interpersonally. Two weeks were taken in order to execute all the learning activities using the “Musical Dice” in 20 minutes time. Besides that, the result was also obtained from such method of experiment such as the observations of students and interviewing the pre-school teachers. Therefore, such research, the “Musical Dice” is really effective in order to communicate amongst the preschool pupils especially between peers and teachers
.

Kata Kunci : komunikasi interpersonal, murid prasekolah, Permainan Musical Dice


PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD REALIA TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS 3ME KANAK-KANAK

Nur Azilah Binti Radzi

Abstrak

Kajian tindakan yang dijalankan ini bagi membantu kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dengan menggunakan bahan maujud realia. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dengan yakin. Tinjauan masalah mendapati penggunaan bahan bantu mengajar yang sedia ada kurang berkesan untuk membantu kanak-kanak prasekolah meneroka bahan bagi mengembangkan kemahiran berfikir kritis 3Me (mencirikan, membanding-membeza dan mengelaskan). Kajian ini menggunakan alat kajian pemerhatian berstruktur dan temu bual semi struktur. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratus dan petikan perbualan). Responden kajian terdiri daripada lima orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun. Intervensi yang dijalankan melalui penggunaan bahan maujud realia dalam aktiviti penerokaan ketika pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir kritis seperti mencirikan, membanding-membeza dan mengelaskan. Hasil analisis mendapati pencapaian kanak-kanak dalam setiap kemahiran berfikir kritis iaitu mencirikan, membanding-membeza dan mengelaskan meningkat selepas diberi intervensi bahan maujud realia. Hal ini membuatkan kanak-kanak menjadi lebih yakin ketika temu bual dijalankan berdasarkan jawapan yang diberikan. Bahan maujud realia yang digunakan membantu kanak-kanak menjana kemahiran berfikir kritis 3Me dengan lebih baik menggunakan deria-derianya. Pengkaji mencadangkan dalam kajian seterusnya penggunaan bahan maujud realia mengikut pelbagai tunjang pembelajaran untuk menerapakan KBKK yang pelbagai dijalankan.

Abstract

The action research was conducted to help children to think critically by using concrete materials realia. The purpose of this study is to improve the child’s ability to think critically with confidence. Review finds problem of teaching by using existing aid is less effective in order to assist preschool children to explore materials to develop 3Me critical thinking skills (characterize, compare the differentiation and classification). This research studies using structured observations and semi-structural interview. The data was analyzed using descriptive analysis (frequencies, percentages, and quotes a conversation). Respondents consist of five pre-school children aged six years. The intervention was carried out through the use of concrete materials realia in exploration activities during the teaching and learning. This method can help the children to improve critical thinking skills such as characterize, comparing differentiation and classification. Results of the analysis found that the achievement of children in each of the critical thinking skills like characterize, comparing differentiation and classification was increased after being given the concrete material realia intervention. The intervention makes the children become more confident during the interview session based on their answer. Realia concrete material used to help children generate 3Me critical thinking skills better using their senses. Reviewer suggested to further study the use of concrete materials in accordance with various cord learning to apply all the various KBKK.


PENGAPLIKASIAN PERMAINAN TRADISIONAL DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP NOMBOR DALAM KALANGAN KANAK- KANAK PRASEKOLAH

Nur Hidayah Nabila Binti Ripin

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan konsep nombor dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui permainan tradisional. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang kanak-kanak berumur lima tahun di salah sebuah prasekolah di Selangor. Tinjauan masalah mendapati kanak-kanak berumur 5 tahun tidak dapat menguasai konsep nombor 1 hingga 10 dengan baik. Data kajian dikumpul dan dianalisis menggunakan pemerhatian melalui nota lapangan, ujian lisan serta ujian bertulis dan dianalisis berdasarkan diskriptif dan peratus. Intervensi yang dilaksanakan menggunakan Permainan Ketingting dan Permainan Congkak untuk membantu mengenal simbol nombor dan juga nilai nombor. Keputusan kajian menunjukkan peratusan peningkatan penguasaan simbol nombor dan juga nilai nombor di kalangan responden. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa permainan tradisional dapat meningkatkan penguasaan konsep nombor dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Cadangan kajian yang seterusnya untuk kajian ini ialah mengkaji kemahiran operasi seperti nilai tambah dengan menggunakan permainan tradisional.

Kata Kunci: Permainan tradisional, Permainan Ketingting, Permainan Congkak

Abstract

The action research carried out to help increase numbering concept among preschool student through Traditional Games. Respondent of this study constists of preschool student aged 5 from a school in Selangor. From the first survey it is found that all the student could not mastered the numbering concept of 1 – 10. By using observations and examination as the study instrument the data has been collected and analyzed. The implemention of the intervension is conducted by doing Ketingting and Congkak Games. The results showed that the increasing in percentage of the respondents is number symbol and number value. Hence, the Traditional Games activities is proved to be effective in helping the student to master the numbering concept. In the future, the researcher suggests that further research is study about operational skill such as added value by using traditional games.


PENGGUNAAN PERMAINAN “MUSICAL DICE ” MEMBANTU MENINGKATKAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

Norsaidatul Hafizah Binti Mahad

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan permainan “Musical Dice” dalam membantu meningkatkan komunikasi interpersonal dalam kalangan murid prasekolah. Justeru, dengan adanya kajian ini, pengkaji mengharapkan agar kajian tersebut dapat membantu serta memberi panduan kepada guru-guru prasekolah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan permainan bahasa iaitu dengan menggunakan permainan “Musical Dice”. Kajian ini akan menunjukkan bahawa kesesuaian penggunaan permainan “ Musical Dice” dalam kalangan murid prasekolah khususnya bagi meningkatkan komunikasi interpersonal murid bersama rakan dan guru. Justeru itu, suatu pemerhatian dan kajian telah dijalankan dalam kelas prasekolah yang dipilih. Data serta maklumat yang dikumpul dan diperoleh didapati daripada pihak sekolah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Responden terdiri daripada lima orang murid dari kelas Prasekolah Seri Anggerik yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi secara interpersonal. Tindakan yang dijalankan adalah sepanjang dua minggu bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan permainan “Musical Dice” selama 20 minit. Di samping itu, hasil kajian juga diperoleh daripada instrumen kajian seperti pemerhatian terhadap murid, senarai semak dan temubual terhadap guru prasekolah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa permainan “Musical Dice” adalah sangat berkesan bagi meningkatkan komunikasi interpersonal murid-murid prasekolah terutamanya bersama rakan dan guru.

Abstract

This kind of research was done due to identify how far the usage of the “Musical Dice” in order to help to increase the interpersonal communication amongst the preschool pupils. In addition, such research would help the preschool teachers to guide the pupils enabling them to do all learning and teaching activities by using such game i.e. the “Musical Dice”.
The research also shows that the concept of “Musical Dice” suits amongst the preschool pupils especially it enables them to improve the communication skill between the teachers and the pupils itself. Therefore, observation has been made at the chosen preschool which was located at Cheras, Kuala Lumpur which the data and all of the information were obtained. Respondents were from five pupils of Seri Anggerik Preschool which obtained difficulties in communicating interpersonally. Two weeks were taken in order to execute all the learning activities using the “Musical Dice” in 20 minutes time. Besides that, the result was also obtained from such method of experiment such as the observations of students and interviewing the pre-school teachers. Therefore, such research, the “Musical Dice” is really effective in order to communicate amongst the preschool pupils especially between peers and teachers
.

Kata Kunci : komunikasi interpersonal, murid prasekolah, Permainan Musical Dice


KEMAHIRAN MEMBENTUK HURUF KECIL

MENGGUNAKAN PENGEKODAN IMEJ

Nursyazwani binti Abdul Latif

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu kajian tindakan yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membentuk huruf kecil dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan pengekodan imej. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui sejauh manakah teknik pengekodan imej dapat membantu murid prasekolah membentuk huruf kecil menggunakan teknik menulis yang betul. Ujian selepas intervensi dan pemerhatian menggunakan senarai semak digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi melihat peningkatan murid dalam kemahiran membentuk huruf kecil dengan betul menggunakan pengekodan imej. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid prasekolah yang berumur enam tahun. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah kemahiran membentuk huruf kecil murid prasekolah terjadi kerana kurangnya kemahiran pratulisan diberikan kepada mereka. Mereka terus diajar menulis huruf kecil tanpa diajar teknik yang betul untuk menulis huruf kecil. Pengekodan imej digunakan bagi membantu murid-murid prasekolah meningkatkan kemahiran membentuk huruf kecil mereka dengan betul. Implikasi daripada kajian yang dilaksanakan ini, subjek kajian dapat membentuk kesemua huruf kecil dengan betul berbanding dengan sewaktu tinjauan awal dilakukan, hanya beberapa huruf sahaja yang dapat dibentuk dengan betul. Oleh yang demikian, kemahiran membentuk huruf kecil ternyata boleh dipelajari dengan mudah menggunakan pengekodan imej.

ABSTRACT

The objective of this study is to know the extend of image coding techinques in helping the preschooler to form the small letters by using the correct writing techniques. Post intervention test and obeservation using checklist had been used as research instrument. The instrument being used to determine the increases in small letter correct forming skills by using image coding. The subjects consist of three preschooler children aged six years old. The data being analyzed by using descriptive analysis (frequency and percentage). The reflection showed that the small letter forming skills problem happen in preschooler children due to lack of prewriting skill excersices give to them. They started to learn forming the small letter without using the correct technique. Implications from this studies, the subjects can form all small letters correctly using coding image.


PERMAINAN KETINTING NOMBOR MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID PRASEKOLAH DALAM KONSEP NOMBOR 1 HINGGA 10.

NORHAFIZAH BINTI MOHD IZAN

PISMP IPG KBM (PRASEKOLAH)

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran konsep nombor asas 1 hingga 10 melalui kaedah permainan ketinting nombor. Kemahiran konsep nombor asas yang ditekankan di sini ialah kemahiran membilang dan mengecam nombor 1 hingga 10. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 5 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 6 tahun di salah sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Dalam melaksanakan tinjauan awal kajian, pengkaji telah menggunakan ujian awal, soal selidik serta temubual sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan ketiga-tiga instrumen ini menunjukkan kesemua responden ini lemah dalam kemahiran membilang dan mengecam nombor 1 hingga 10. Setelah intervensi iaitu permainan ketinting diberikan, pengkaji mengumpul semula data-data kajian menggunakan tiga alat kajian iaitu ujian akhir, soal selidik dan temubual. Hasil analisis data mendapati kesemua responden mengalami peningkatan yang positif dalam menguasai kedua-dua kemahiran ini. Analisis kedua-dua data ini dapat disahkan melalui analisis temubual yang dijalankan bersama guru prasekolah. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa kaedah permainan ketinting nombor sangat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam konsep nombor yang meliputi kemahiran membilang serta kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10.

Abstract

This action research conducted to help children improve their preschool skills concepts of basic numbers, 1 to 10 by a method calledketinting’ number. The skills that emphasized the concept of the basic numbers here are counting skills and recognize numbers from 1 to 10. Respondents in this research consist of five pre-school children aged 6 years of a school in Kuala Lumpur. In carrying out the initial survey studies, researcher had used the initial tests, questionnaires and interview as a medium in collecting the data. The results of this three instruments showed that all respondents are weak in counting skills and recognize numbers from 1 to 10. After the intervention was given, the researcher collected the data using the three instruments which is final test, questionnaire and interview. Data analysis results showed that all respondents had a positive increase in both skills. Analysis of both data can be confirmed by analysis conducted interviews with preschool teachers. Results of this action research shows that the ketinting numbers is very helpful in increasing the level of the respondents in a number of concepts including counting skills and identify skill number from 1 to 10.


PERMAINAN KETINTING NOMBOR MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID PRASEKOLAH DALAM KONSEP NOMBOR 1 HINGGA 10.

NORHAFIZAH BINTI MOHD IZAN

PISMP IPG KBM (PRASEKOLAH)

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran konsep nombor asas 1 hingga 10 melalui kaedah permainan ketinting nombor. Kemahiran konsep nombor asas yang ditekankan di sini ialah kemahiran membilang dan mengecam nombor 1 hingga 10. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 5 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 6 tahun di salah sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Dalam melaksanakan tinjauan awal kajian, pengkaji telah menggunakan ujian awal, soal selidik serta temubual sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan ketiga-tiga instrumen ini menunjukkan kesemua responden ini lemah dalam kemahiran membilang dan mengecam nombor 1 hingga 10. Setelah intervensi iaitu permainan ketinting diberikan, pengkaji mengumpul semula data-data kajian menggunakan tiga alat kajian iaitu ujian akhir, soal selidik dan temubual. Hasil analisis data mendapati kesemua responden mengalami peningkatan yang positif dalam menguasai kedua-dua kemahiran ini. Analisis kedua-dua data ini dapat disahkan melalui analisis temubual yang dijalankan bersama guru prasekolah. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa kaedah permainan ketinting nombor sangat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam konsep nombor yang meliputi kemahiran membilang serta kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10.

Abstract

This action research conducted to help children improve their preschool skills concepts of basic numbers, 1 to 10 by a method calledketinting’ number. The skills that emphasized the concept of the basic numbers here are counting skills and recognize numbers from 1 to 10. Respondents in this research consist of five pre-school children aged 6 years of a school in Kuala Lumpur. In carrying out the initial survey studies, researcher had used the initial tests, questionnaires and interview as a medium in collecting the data. The results of this three instruments showed that all respondents are weak in counting skills and recognize numbers from 1 to 10. After the intervention was given, the researcher collected the data using the three instruments which is final test, questionnaire and interview. Data analysis results showed that all respondents had a positive increase in both skills. Analysis of both data can be confirmed by analysis conducted interviews with preschool teachers. Results of this action research shows that the ketinting numbers is very helpful in increasing the level of the respondents in a number of concepts including counting skills and identify skill number from 1 to 10.


PENINGKATAN KEMAHIRAN SOSIAL

DALAM KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH

MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERKUMPULAN

Shafiq Ikhwan Bin Mohamed

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tindakan kualitatif yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran sosial dengan menjalankan pembelajaran secara berkumpulan dalam kalangan murid prasekolah. Kajian ini dirancang dan dilaksanakan berdasarkan kepada model kajian Kurt Lewin (1946). Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid prasekolah. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur (senarai semak) bagi mendapatkan data menganalisis masalah serta analisis data selepas intervensi. Responden kajian terdiri daripada tiga orang murid prasekolah dari sebuah sekolah dalam kawasan Petaling Jaya. Responden dipilih secara sampel bertujuan. Hasil tinjauan awal mendapati murid menghadapi masalah dalam bersosial lebih-lebih lagi ketika menjalankan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka kurang berkomunikasi, tidak suka berkongsi dan pasif di dalam kelas. Justeru, penggunaan kaedah pembelajaran secara berkumpulan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan pengkaji bagi meningkatkan tahap kemahiran sosial murid prasekolah. Data senarai semak dianalisis dalam bentuk jadual dan graf skala pencapaian manakala hasil temu bual ditranskripsi secara manual kemudian dihuraikan secara naratif. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan kemahiran sosial murid prasekolah setelah dikenakan intervensi (pembelajaran berkumpulan) oleh pengkaji. Cadangan kajian lanjutan ialah menambah dan mempelbagaikan aktiviti dan dilaksanakan secara berkumpulan, kedua melanjutkan masa dilaksanakan intervensi dan cadangan terakhir melaksanakan kaedah pembelajaran berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran lain seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).

Abstract

This research is a qualitative action to conduct to enhance the social skills among preschool children by using grouping technique. This research is based on the action research model by Kurt Lewin (1946). The objective of this research is to improve social skills among the preschool children using grouping technique. This action research also using two instruments which is semi-structure interviews and structure observation (social skills checklist) to collect data for analyze the problem and after intervention. There are three respondent was chosen from all twenty-five preschool children in a primary school at Petaling Jaya. Respondent was chosen by researcher using purpose sampling. Early observation shows some children having problems to have conversation and their social skills is also weak. Furthermore, almost activities was done by individual and whole class. So, using group technique during lesson in the classroom can improve children’s social skills. Data in checklist was analyzed by using rating scale (schedule and graph). Researcher also use manual transcription of interview in this action research. Result shows that there was some significant improvement in social skills for respondent after the intervention (grouping technique) done by researcher. For further research, researcher suggested to give extra and various activities but still using group technique. The second suggestion is to extend the time of intervention and the third suggestion use group technique to improve other skills like Creative and Critical thinking.

BUKU CERITA BERGAMBAR MENINGKATKAN PEMAHAMAN BACAAN MURID PRASEKOLAH

Siti Roedah Binti Md Jemary

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pemahaman bacaan murid-murid prasekolah terhadap bahan bacaan yang dibaca. Peningkatan pemahaman bacaan dibantu dengan menggunakan buku cerita bergambar. Objektif kajian ini adalah meningkatkan pemahaman bacaan murid dalam aspek pemahaman jalan cerita serta keupayaan murid menjawab soalan kefahaman yang dikemukakan. Ujian pemahaman secara lisan dan bertulis serta analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengesan peningkatan tahap pemahaman bacaan murid. Responden kajian terdiri daripada tiga orang murid prasekolah yang telah melepasi tahap ke enam penguasaan kemahiran membaca (merujuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (peratusan dan rumusan). Gambar yang terdapat di dalam buku cerita bertindak sebagai ransangan untuk murid mengingat kembali dan berfikir tentang jalan cerita dalam buku tersebut. Dalam kajian ini, responden dikehendaki membaca buku cerita bergambar tersebut menggunakan teknik bacaan mekanis dan seterusnya responden dikehendaki menjawab ujian kefahaman dalam bentuk lisan atau bertulis. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan pemahaman bacaan berdasarkan hasil peningkatan peratusan dalam Ujian Pemahaman Lisan dan Ujian Pemahaman Bertulis. Responden juga dapat mengolah dan menceritakan setiap gambar walaupun tiada teks cerita disertakan. Bagi meningkatkan tahap pemahaman murid-murid dalam memahami pembelajaran, penyelidik mencadangkan agar pihak tertentu menyediakan buku cerita bergambar berdasarkan tema-tema yang digunakan dalam pembelajaran prasekolah.

Kata kunci : buku cerita bergambar, pemahaman bacaan.

Abstract

This research was carried out to increase the level of reading comprehension among preschool students. The increase in the level of reading comprehension was assited by the usage of storybooks with pictures. The reason for the research to be carried out was to increase the level of reading comprehension among preschool students in the aspect of storyline comprehension as well as the student’s ability to answer comprehension question that were asked. Comprehension test in the oral and written form as well as analysis of documents were used as research instruments. The instruments were used to detect the increase in the student’s reading comprehension level. The respondents for the research consists of three preschool students who had achieved level six in their reading comprehension ability according to National Preschool Curriculum Standards. The data was analysed using descriptive analysis which were percentage and summary. The pictures in the storybooks functioned as a stimuli for students to remember what they had learnt and what they thought of about the storyline in the book they had read. The respondents were asked to read the storybooks with pictures using the ‘mekanis’reading techniques. Furthermore, the respondents had to answer the reading comprehension questions in the oral and written form. The results showed there was an increase in reading comprehension level in the oral and written form. The respondents could tell a story based on the pictures without any written texts below the pictures. To increase the reading comprehension of students learning, the researcher suggests that other certain publishers prepare storybooks with pictures based on the themes which are used in the teaching and learning of preschool education.

Keyword: storybook with pictures, reading comprehension.

TEKNIK PERMAINAN ‘ KOTAK SUKU KATA’ MEMBANTU KEMAHIRAN MENGEJA DAN MENYEBUT SUKU KATA TERBUKA ( KV ) KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

Siti Shuhada Binti Lukman

Abstrak

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari satu pendekatan baru yang boleh membantu dan memberangsangkan pembelajaran kanak-kanak yang belajar di prasekolah dalam mengeja dan menyebut suku kata terbuka ( KV ). Masalah belum menguasai kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah sedikit sebanyak mempengaruhi proses pembelajaran di awal persekolahan iaitu di prasekolah. Dalam kajian ini, seramai 5 orang kanak-kanak telah dijadikan sebagai responden dalam penyelidikan ini.Ujian Awal, Ujian Selepas Intervensi , pemerhatian dan temu bual digunakan sebagai instrumen kajian yang dijalankan.Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah mengeja serta menyebut yang dihadapi oleh kanak-kanak. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat sebilangan kanak-kanak yang belum dapat mengeja dan menyebutkan suku kata terbuka ( KV ) yang telah diajar oleh guru. Dalam kajian penyelidikan ini, faktor kurang minat dengan kaedah yang diajar oleh guru sebelum ini juga merupakan penyumbang ke arah permasalahan ini. Oleh sebab yang sedemikian, pengkaji berminat untuk mencuba satu pendekatan iaitu kaedah bermain sambil belajar dalam kemahiran mengeja dan menyebutkan suku kata terbuka ( KV ). Permainan ‘Kotak Suku Kata’ digunakan sebagai teknik pengajaran yang dapat membantu kanak-kanak di dalam masalah mengeja dan menyebutkan suku kata terbuka ( KV ). Pengkaji sangat berharap agar dengan penyelidikan yang sekecil ini dapat digunakan sebagai rujukan dan membantu kanak-kanak serta guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah di dalam kemahiran bahasa. Dalam pada itu, juga pengkaji berharap dengan hasil usaha yang sedikit ini dapat dijadikan bahan yang boleh digunakan dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pendidikan di prasekolah.

Abstract

This study was carried out to find the new approach to help preschool children in a spelling and mention skill of syllable. This problem is influences by early process of studying in a preschool classes. In this study , 5 children had choosen as a responden for the research. Early test, test after intervensi, observations and interview is using for research instrument. This instrument using for recognize all the childrens achievement , and the problem in a spelling and mention skills . Data collected shown there have many of preschool children still can’t spell and mention syllable when teachers teaching. Actually, in this research, children not so enthusiastic with the teachers method before and it become a problems. Because of that , reviewer interested to try the approach studying through playing in a spell and mention skills of syllable. Reviewer using ‘Kotak Suku Kata’ games in the teaching that can helps children in a spelling and mention problem. In addition, reviewer very much hope to this research can be used as a references and help childrens with teachers in the process of teaching and learning in preschool in language proficiency.In the meantime, reviewer hopes the results of these few operations can be used as material that may be used in improving teaching and learning to whom our other features involved in preschool education.

PENGGUNAAN ALBUM BERGAMBAR MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA

KV + KV KANAK-KANAK

Siti Zaharah Binti Muwaaz

ABSTRAK

Kajian tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan Album Bergambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + VK dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian dijalankan terhadap lima orang kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak ini terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada temu bual dengan guru, pemerhatian dan ujian diagnostik yang telah dilaksanakan melalui tinjauan masalah. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan lima belas suku kata KV + VK dan gambar yang mewakili suku kata tersebut. Lima belas suku kata dan gambar ini akan diletakkan di dalam album yang dikenali sebagai Album Bergambar. Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + VK kanak-kanak serta dapat mengeja perkataan KV + VK yang diberikan dengan betul. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data ialah melalui ujian, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak dan temu bual dengan guru prasekolah. Album Bergambar digunakan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja suku kata KV + VK. Dalam intervensi ini, kanak-kanak akan menggunakan gambar yang terdapat dalam Album Bergambar untuk menyebut suku kata KV + VK yang diberikan. Kanak-kanak akan menyebut nama gambar yang ditunjukkan dan kemudian membaca suku kata KV + VK yang digandingkan bersama gambar tersebut. Implikasinya, kanak-kanak mudah untuk membaca suku kata KV + VK dan seterusnya akan dapat mengeja suku kata yang diberikan dengan betul. Penggunaan Album Bergambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilihat dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + VK kanak-kanak.

ABSTRACT

Action study that carried out is aimed to study Album Bergambar usage in improving reading skill KV + VK syllable among preschoolers. Study operates against five preschool children. Children this consisting of four men and a woman. Selecting respondents are predicated to interview with teacher, observation and diagnostic test that were implemented through problem survey. Children will be introduced with fifteen syllable KV + VK and picture which represents that syllable. Fifteen syllable and this picture will be placed in album which is known as as Album Bergambar. Objective of the study was to improve reading skill KV + VK syllable children and can spell KV + VK word that given correctly. Instrument that used to get data is through test, structured observation use checklist and interview with pre-school teachers. Bergambar album used to aid children enhance skills read and spell KV + VK syllable. In this intervensi, children will use picture that occur in Album Bergambar to say KV + VK syllable that given. Children would be mentioning picture name which indicated and later read KV + VK syllable that coupled with that picture. The implication, easy child to read KV + VK syllable and consequently will be able to spell syllable that given correctly. Album Bergambar usage during education session and learning seen can help boost reading skill KV + VK syllable children.