Tuesday, February 5, 2008

PENGENALAN, MISI & OBJEKTIF JAB. R&D

PENGENALAN

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan (JPPPP) merupakan jabatan yang berfungsi untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan profesionalisme perguruan di IPBMM. Jabatan ini merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan seterusnya menyebarkan laporan hasil kajian kepada semua warga IPBMM dan pihak luar yang berkaitan. Jabatan ini juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dan pembangunan penyelidikan pendidikan kepada semua pensyarah institut, guru pelatih dan peserta kursus serta guru-guru di sekolah melalui Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan. Selain itu jabatan juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan hasil kajian melalui bahan bercetak dan teknologi maklumat dan komunikasi. Jabatan ini juga bertanggungjawab menyelaras dan menghasilkan bahan penerbitan berkaitan penyelidikan pendidikan untuk pembangunan ilmu dan kemahiran penyelidikan pendidikan khususnya dalam latihan keguruan.


MISI

1. Meningkatkan keterampilan pensyarah dalam penyelidikan pendidikan
2. Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan guru pelatih
3. Menghasilkan kajian-kajian yang berkualiti untuk profesionalisme perguruan
4. Menjadikan aktiviti penyelidikan sebagai amalan profesionalisme pensyarah
5. Menyebar luas hasil kajian untuk manfaat pendidik
6. Membangunkan ilmu dalam bidang perguruan
7. Menghasilkan inovasi dalam ilmu pengetahuan bidang pedagogi



OBJEKTIF

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan pendidikan dalam kalangan pensyarah, guru pelatih dan peserta kursus
2. Mengadakan latihan dan pembangunan dalam bidang ilmu dan kemahiran penyelidikan pendidikan dalam kalangan pensyarah, guru pelatih dan peserta kursus.
3. Mengadakan pelbagai bentuk aktiviti keilmuan untuk mewujudkan budaya penyelidikan dan intelektual dalam kalangan pensyarah, guru pelatih dan peserta kursus
4. Meningkatkan penghasilan kajian yang berkualiti dalam kalangan pensyarah
5. Meningkatkan penglibatan pensyarah dalam aktiviti penyelidikan dan pendidikan
6. Menerbitkan bahan penulisan dan hasil kajian yang diusahakan oleh pensyarah.
7. Menyebar luas hasil kajian melalui pelbagai saluran.

No comments: