TARIKH : 23-25 hb Oktober 2008
TEMPAT: Hotel Empress, Sepang
Seramai 26 orang pensyarah (termasuk fasilitator) bermesyuarat dan berbengkel di Hotel Empress Sepang dalam usaha menyiapkan laporan kajian mewakili jabatan masing-masing.
Mesyuarat selama tiga hari dua malam ini merupakan aktiviti terakhir Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme yang dikendalikan di luar IPGM Kampus Bahasa Melayu bagi tahun 2008 ini.
Diharapkan semoga mesyuarat ini dapat memberi ruang yang lebih luas kepada para fasilitator memberi bimbingan kepada kumpulan penyelidik; manakala bagi para penyelidik pula, mereka mempunyai peluang untuk menyempurnakan penulisan laporan masing-masing tepat pada masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment