Sunday, February 22, 2009

TERIMA KASIH DAN SEKALUNG TAHNIAH

Warga jabatan ini mengucapkan sekalung terima kasih dan tahniah kepada Dr. Rashidah Begam O.A. Rajak yang telah banyak menyumbang kepada jabatan ini. Beliau masih berada di IPGM Kampus Bahasa Melayu tetapi kini bertugas di bawah naungan Jabatan Bahasa (lebih spesifik lagi...Unit Bahasa Inggeris). Tahniah kerana telah memberi komitmen yang sangat baik ketika bersama kami di jabatan ini. Terima kasih daun keladi. Biarpun kita berlainan jabatan tetapi jasa dan sumbangan Dr. tetap dikenang dan tersemat kukuh di hati kami.

Ucapan penghargaan dan tahniah ini juga ditujukan kepada Puan Aishah Rohani binti Nahar yang kini dinaikkan pangkat ke DG52. Beliau kini bertugas di Jabatan Bahasa, IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Semoga beliau berbahagia bertugas di kampung halaman sendiri.Terima kasih Puan Aishah kerana sentiasa menceriakan hari kami sepanjang puan bertugas di jabatan ini.

Kepada ahli baharu iaitu Tuan Haji Osman Mohd Ali, terima kasih kerana memilih jabatan ini dan tahniah atas kenaikan pangkat.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mantan Ketua Jabatan yang kini dinaikkan pangkat ke DG5. Beliau memilih untuk terus kekal di jabatan ini. Terima kasih kerana terus menyokong kami dan juga kerja-kerja berkaitan penyelidikan di jabatan ini. Semoga usaha kita ini akan diberkati dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Kepada Ketua Jabatan Yang baharu, Dr. Suria Baba, tahniah atas perlantikan dan terima kasih kerana tidak pernah sekalipun berkata tidak kepada segala usaha untuk meningkatkan amalan budaya penyelidikan di jabatan ini khususnya dan seluruh warga IPGM Kampus Bahasa Melayu ini amnya. Tahniah juga atas pembentangan kertas kerja di UCLA U.S.A. baru-baru ini. Permulaan yang sangat memberangsangkan bagi tahun 2009. Semoga akan ada ramai lagi pensyarah kita diberi peluang untuk berkongsi ilmu di negara orang dan seterusnya mengangkat martabat profesion yang kita banggakan ini.

Kepada ahli yang masih kekal di jabatan ini, tahniah dan terima kasih kerana terus sudi memberi sumbangan. Kepada Puan Zaini Taha, terima kasih dan tahniah kerana sentiasa dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA !

No comments: