Friday, September 3, 2010

Tamat sudah Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, Seminar Penyelidikan yang diadakan pada 24 Ogos 2010 telah tamat dengan jayanya. Pihak urus setia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Baiduriah binti Yaakub atas kesudiaan beliau untuk hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan, penyampaian sijil dan melancarkan Jurnal Semarak Bahasa Bil 2/2009. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah dan Puan Jamaliah binti Mohd Salleh, Timbalan Pengarah, IPG KBM atas kehadiran dan sokongan mereka.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah atas sokongan dan komitmen anda pada seminar berkenaan.

Pihak JPIPK juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK Pelaksana iaitu terdiri daripada pelajar PISMP Sem. 8, IPG Kampus Bahasa Melayu atas kesungguhan mereka menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM. KJPIPK.

No comments: