Saturday, April 30, 2011

KUALITI PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kualiti penulisan kertas cadangan kajian tindakan meningkat apa bila kesemua kriteria yang diperlukan dapat dipenuhi oleh seseorang penyelidik.

Saya mendapati bahawa kebanyakan pelajar kurang memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam sesebuah penulisan kertas cadangan. Perkara penting adalah berkaitan pemilihan alat kajian yang digunakan. Penulisan yang cemerlang perlu memaparkan alat kajian yang digunakan, menyatakan sebab menggunakan alat kajian berkenaan dan menerangkan bagaimana menggunakan alat kajian berkenaan untuk mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian. Selain itu, penjelasan berkaitan cara menganalisis data berkenaan juga amat penting dalam sesebuah kajian. Alat kajian dalam penyelidikan merupakan intipati kepada penyelidikan berkenaan. Justeru, jika perkara ini diabaikan maka kertas cadangan yang disediakan tidak memenuhi keperluan sebuah penyelidikan yang mantap.
Dalam penyelidikan konvensional, bahagian ini dinamakan metodologi atau kaedah kajian. Semoga keperluan ini dapat diperjelaskan dan dimantapkan dalam penyelidikan anda. Selamat menghasilkan penulisan terbaik untuk diri sendiri. Jangan lupa, penulisan laporan kajian tindakan yang dijalankan adalah MILIK anda yang akan diabadikan hingga akhir hayat. Salam

Saturday, April 16, 2011

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PELAJAR PISMP SEM 7 - PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PADA 23 APRIL 2011 KEPADA PENYELIA MASING-MASING.
PENSYARAH YANG MENGAJAR AKAN MEMODERASIKAN MARKAH SEBELUM DIHANTAR KE UNIT PEPERIKSAAN.
Pelajar yang dikasihi :
Kajian Literatur perlu dibuat dan dimasukkan dalam kertas cadangan penyelidikan. Markahnya 10%.
Kajian literatur mengandungi pengenalan kajian yang dijalankan, dasar-dasar kementerian, dasar-dasar kerajaan, penerangan konsep dalam kajian yang dijalankan, teori dan model yang berkaitan dengan kajian sahaja. Yang tidak berkenaan tu sila keluarkan. Fikir... bagaimana nak kaitkan teori dan model berkenaan dengan kajian yang dijalankan (HOT...)
Selain itu, kajian berkaitan juga perlu dimasukkan (minima 5 kajian). Sila rujuk panduan penyediaan kertas proposal.
Sila pastikan, tujuan, objektif dan soalan kajian selaras dengan tajuk kajian. Alat kajian yang digunakan dapat menjawab soalan kajian. Dapatan tinjauan kajian dan hasil kajian selepas melaksanakan tindakan/ intervensi menunjukkan peningkatan/ perkembangan/ pembaikan/ positif supaya dapat membuktikan tindakan yang dijalankan betul-betul dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Panduan pemilihan teori dan model boleh diperoleh dalam blok ini. Sila ambil perhatian.
Nota: Sesiapa yang menghadapi masalah, sila rujuk kepada pensyarah yang mengajar anda. Selamat Maju Jaya. Semoga Berjaya.