Saturday, April 30, 2011

KUALITI PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kualiti penulisan kertas cadangan kajian tindakan meningkat apa bila kesemua kriteria yang diperlukan dapat dipenuhi oleh seseorang penyelidik.

Saya mendapati bahawa kebanyakan pelajar kurang memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam sesebuah penulisan kertas cadangan. Perkara penting adalah berkaitan pemilihan alat kajian yang digunakan. Penulisan yang cemerlang perlu memaparkan alat kajian yang digunakan, menyatakan sebab menggunakan alat kajian berkenaan dan menerangkan bagaimana menggunakan alat kajian berkenaan untuk mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian. Selain itu, penjelasan berkaitan cara menganalisis data berkenaan juga amat penting dalam sesebuah kajian. Alat kajian dalam penyelidikan merupakan intipati kepada penyelidikan berkenaan. Justeru, jika perkara ini diabaikan maka kertas cadangan yang disediakan tidak memenuhi keperluan sebuah penyelidikan yang mantap.
Dalam penyelidikan konvensional, bahagian ini dinamakan metodologi atau kaedah kajian. Semoga keperluan ini dapat diperjelaskan dan dimantapkan dalam penyelidikan anda. Selamat menghasilkan penulisan terbaik untuk diri sendiri. Jangan lupa, penulisan laporan kajian tindakan yang dijalankan adalah MILIK anda yang akan diabadikan hingga akhir hayat. Salam

No comments: