Saturday, May 14, 2011

KEKELIRUAN DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Salam kepada penyelidik kajian tindakan- PISMP.

Bercerita mengenai format penulisan pelaporan dalam penyelidikan tindakan memberi pelbagai persepsi dalam kalangan pelajar. Sebenarnya pelaporan dalam penyelidikan tindakan tidak mempunyai format yang tetap. Ia bergantung sepenuhnya kepada penyelidik yang menjalankan kajian. Walau bagaimanapun, pelajar PISMP diminta untuk menyediakan pelaporan mengikut format yang telah diberikan oleh IPG KPM. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk memenuhi keperluan berkenaan.

Pelajar-pelajar PISMP, jangan mengelirukan diri anda dengan pelbagai format yang terdapat di pelbagai buku, artikel dan penulisan penyelidik bebas yang terdapat di luar. Bagi menyelamatkan diri supaya mendapat markah yang terbaik, sila patuhi keperluan IPG KPM. Selain itu, kalau tidak keberatan sila penuhi keperluan seperti yang telah ditaklimatkan kepada semua pelajar PISMP Sem. 7 dan taklimat penulisan Pelaporan Penyelidikan Tindakan yang akan diadakan pada 25 Mei 2011 akan datang.

Semoga semua pelajar sentiasa berada di landasan yang betul. Jangan lupa ' Penulisan yang terbaik adalah penulisan yang mengandungi kesemua keperluan yang sepatutnya' Sila maklumkan kepada penyelia anda keperluan yang sebenar. Anda yang mengikuti pembelajaran Penyelidikan Tindakan secara formal, justeru anda berkeupayaan untuk mempertahankan keperluan/ format dalam penulisan penyelidikan tindakan anda. Sekian. Teruskan usaha menegakkan hal sebenar dalam Pelaporan Penyelidikan Tindakan. HIDUP PENYELIDIKAN TINDAKAN.

No comments: