Wednesday, November 16, 2011

Seminar Pendedahan Penyelidikan Kajian Tindakan BMM/PRA/PSS 3113 Peringkat 1 bagi Kumpulan PGSR

Tarikh : 13 November 2011
Masa : 8 pagi - 6 petang
Tempat: BMM - Dewan Tun Sri Lanang / PRA - Dewan Hamzah Fansuri / PSS - Dewan Pak Sako
Pensyarah :Cik Hajah Fatimah Idris / Dr. Rosinah Edinin / Pn Siti Halimah Md Yassin

Seminar penyelidikan kajian tindakan ini adalah sebagai satu pendedahan awal kepada guru-guru PGSR dan ia dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti dalam Program Bina Insan Guru.Para pelajar PGSR didedahkan dengan proforma kursus PT3113 dan fokus kepada penulisan kertas cadangan (proposal). Bertitik tolak dari refleksi pengajaran dan pembelajaran para pelajar PGSR diminta mengimbas kembali masalah-masalah yang dihadapi sepanjang pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk dijadikan isu dan permasalahan dalam kajian tindakan.Sebagai panduan para pelajar PGSR telah dibekalkan input tentang refleksi secara menyeluruh lengkap dengan ciri dan panduan menulis refleksi. Pelajar kemudiannya membuat praktikal menulis refleksi mengikut bidang masing-masing di samping mengenal pasti teknik menulis refleksi dengan mudah. Peringkat ini mendapati para pelajar PGSR mengambil masa yang lama untuk membuat dan menulis refleksi kerana tidak mempunyai pengalaman mengajar bidang pengkhususan mereka terutama kumpulan PSS dan PRA. Bimbingan juga diberi kepada mereka yang lemah. Bagi yang agak boleh sedikit mereka diminta terus membuat refleksi ke atas pengajaran dan pembelajaran mereka dan menulis serta mengemelkannya kepada pensyarah mereka untuk pembetulan. kepada para pelajar PGSR perlu diingatkan jangan berputus asa mengikuti kursus pendedahan ini kerana lambat laun anda pasti akan jatuh cinta dengan kajian tindakan....sebagaimana dilalui oleh para pelajar PISMP sem 8 yang kini sudah menghantar tesis hasil kajian mereka. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta' dan tiada jalan mudah untuk berjaya...oleh itu teruskan berusaha. Seminar pendedahan ini akan bersambung lagi pada 28 November 2011. Berjumpa kita nanti, para pelajar PGSR.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik