Wednesday, February 29, 2012

ISU/ MASALAH KAJIAN VS PERNYATAAN MASALAH



Lily merah dan tahi ayam kuning kedua-duanya bunga tetapi berbeza kerana bentuk, warna dan bau.

Apakah perbezaan di antara isu/ masalah kajian dalam penyelidikan tindakan dan pernyataan masalah dalam kajian konvensional?.

Kedua-duanya seperti hampir sama tetapi tidak sama. Cara untuk mendapatkannya adalah berbeza. Dalam penyelidikan tindakan, isu/ masalah kajian diperoleh daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran manakala pernyataan masalah dalam kajian konvensional diperoleh melalui bacaan/ kajian literatur. Tuan/puan/penyelidik yang menggunakan rekabentuk penyelidikan tindakan akan mendapatkan isu/masalah kajian daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar kelas apa bila pengajaran dan pembelajaran tidak dapat mencapai objektif. Objektif yang tidak tercapai memberi masalah/isu kepada penyelidik yang menggunakan refleksi kendiri dalam kajian. Objektif yang ditentukan melalui KSSR, KSPK dan Sukatan Pelajaran. Justeru itu, dapatkan isu/masalah kajian dalam penyelidikan tindakan melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran.

TIDAK ADA PERNYATAN MASALAH DALAM KAJIAN TINDAKAN.

No comments: