Wednesday, September 28, 2011

ANALISIS PEMERHATIAN MENGGUNAKAN SKALA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN
( 27 - 29 September 2011)


Syabas dan tahniah kepada semua pelajar semester 8 yang telah berjaya menyampaikan hasil penyelidikan yang dijalankan walaupun penyelidikan telah dijalankan dalam jangka masa yang singkat.

Penyelidikan yang berkualiti menggunakan beberapa alat kajian yang ditriangulasikan untuk mendapatkan hasil dapatan yang mantap. Selain itu, beberapa aktiviti yang dijalankan juga dinilai beberapa kali untuk meningkatkan kesahan data yang diperoleh. Purata diperoleh daripada kesemua aktiviti yang dijalankan.

Alat kajian pemerhatian menggunakan senarai semak. Ia digunakan untuk melihat tingkah laku pelajar. Ia dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus. Walau bagaimanapun, didapati terdapat pelajar menggunakan skala (1,2,3,4,5) untuk sesuatu item, analisis lebih sesuai menggunakan kekerapan dan peratus (Graf - melihat skala tertinggi dan paling rendah) dan MIN.

Skala yang dinilai menggunakan peratus SAHAJA tidak sesuai sama sekali kerana penyelidik mempunyai kecenderungan melihat skala tertinggi sahaja. Bagaimana pula dengan skala rendah (diabaikan!!!!). Kesian responden yang memilih skala rendah. TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN % sahaja UNTUK MENGANALISIS ITEM YANG MENGGUNAKAN SKALA.

Sila ambil perhatian,
Kesilapan ini menjejaskan kualiti penulisan laporan penyelidikan tuan/puan.
HARAP MAKLUM. Teruskan perjuangan anda.

No comments: