Saturday, November 5, 2011

PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI PERINGKAT IPG KBM (13 -14 Oktober 2011)






Foto menunjukkan 2 peserta pertandingan yang menarik perhatian iaitu berkaitan serat dan sisik ikan yang digunakan sebagai alat dan bahan perhiasan. Mereka menggunakan bahan terbuang. Itu yang menarik...

Foto juga menunjukkan Y Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan sedang menandatangani Buku Pelawat dalam Bilik Dr Awang Had Salleh.

Pertandingan Inovasi Pedagogi telah dijalankan sepanjang 13 hingga 14 Oktober 2011. Sebanyak 42 penyertaan telah dipertandingkan.
Perasmi penutup telah disempurnakan oleh Y. Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPGM). Terima kasih Datuk kerana sudi hadir dalam majlis kami. Datuk sampai ke tempat perasmian 35 min lebih awal. Semua orang 'panic' terutamanya penyelaras. Minta maaf kepada pegawai khas Datuk iaitu Encik Azzam atas kecelaruan yang berlaku.
Alhamdulillah, tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK dan peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. Jasa baik tuan/puan amat dihargai. Semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Amin

Wednesday, September 28, 2011

ANALISIS PEMERHATIAN MENGGUNAKAN SKALA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN
( 27 - 29 September 2011)


Syabas dan tahniah kepada semua pelajar semester 8 yang telah berjaya menyampaikan hasil penyelidikan yang dijalankan walaupun penyelidikan telah dijalankan dalam jangka masa yang singkat.

Penyelidikan yang berkualiti menggunakan beberapa alat kajian yang ditriangulasikan untuk mendapatkan hasil dapatan yang mantap. Selain itu, beberapa aktiviti yang dijalankan juga dinilai beberapa kali untuk meningkatkan kesahan data yang diperoleh. Purata diperoleh daripada kesemua aktiviti yang dijalankan.

Alat kajian pemerhatian menggunakan senarai semak. Ia digunakan untuk melihat tingkah laku pelajar. Ia dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus. Walau bagaimanapun, didapati terdapat pelajar menggunakan skala (1,2,3,4,5) untuk sesuatu item, analisis lebih sesuai menggunakan kekerapan dan peratus (Graf - melihat skala tertinggi dan paling rendah) dan MIN.

Skala yang dinilai menggunakan peratus SAHAJA tidak sesuai sama sekali kerana penyelidik mempunyai kecenderungan melihat skala tertinggi sahaja. Bagaimana pula dengan skala rendah (diabaikan!!!!). Kesian responden yang memilih skala rendah. TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN % sahaja UNTUK MENGANALISIS ITEM YANG MENGGUNAKAN SKALA.

Sila ambil perhatian,
Kesilapan ini menjejaskan kualiti penulisan laporan penyelidikan tuan/puan.
HARAP MAKLUM. Teruskan perjuangan anda.

Tuesday, September 27, 2011

Nilai Pendidikan Vs Kajian Literatur Dalam Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Apa yang perlu dimasukkan dalam ruangan Nilai Pendidikan? Tuan/puan boleh masukkan Falsafah Pendidikan, Dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan Sukatan Pelajaran/KSPK atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Pastikan perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kajian.Selain itu, bolah masukkan teori pendidikan dan model pendidikan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Apa pula yang perlu dimasukkan dalam Kajian Literatur? Kajian literatur mengandungi kajian-kajian berkaitan (kajian hampir-hampir sama) dengan penyelidikan yang dijalankan. Nilai pendidikan dan kajian literatur merupakan topik yang penting dalam setiap penyelidikan tindakan yang dijalankan. Kedua-duanya merupakan asas dan panduan yang amat diperlukan untuk menjalankan penyelidikan. Hal ini berbeza dengan penulisan kajian konvensional iaitu semua perkara berkenaan dimasukkan dalam kajian literatur.
Sekian, ini saja perkongsian buat kali ini.
Semoga penulisan ini dapat membantu
tuan/puan menyelesaikan masalah penulisan yang dihadapi.
Semoga dapat menghasilkan penulisan berkualiti. Selamat Menulis.