Tuesday, November 17, 2009

ANUGERAH EMAS PENGGERAK AKTIVITI PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah pimpinan Dr Suria Baba telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas bagi penggerak aktiviti penyelidikan dan inovasi peringkat kebangsaan 2009. Pengumuman tersebut dibuat ketika Seminar Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan 2009 anjuran IPG seMalaysia di Hotel Heritage Ipoh bermula dari 10 hingga 12 November 2009 yang lalu.
Semoga dengan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat para penyelidik untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya kepada anggota jabatan ini yang tidak pernah berputus asa berusaha menarik lebih ramai pensyarah melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.
"Sesungguhnya anugerah ini merupakan hadiah istimewa untuk semua penyelidik dan ahli jabatan ini yang aktif menyumbang ke arah menyemarakkan budaya penyelidikan di institut ini. Tanpa kerjasama daripada semua dan tanpa sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi, tidak mungkin kita mampu menyempurnakan semua aktiviti yang telah dirancang" Kata Dr Suria.

Thursday, November 12, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan selamat hari lahir yang ke-57 kepada Yang Berbahagia Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu yang kami semua kasihi.

Kami semua mendoakan semoga Yang Berbahagia Puan Soriah kekal sihat, ceria dan cergas dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Suatu majlis ringkas diadakan hari ini sempena meraikan hari lahir beliau.

Sunday, October 25, 2009

HARI INOVASI PEDAGOGI 2009

JABATAN Penyelidikan dan Inovasi Profesional Keguruan (PIPK)dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan(JIP) telah menganjurkan Hari Inovasi 2009 pada 15 Oktober 2009 yang lalu.

Pada peringkat awal, pihak penganjur terutamanya Jabatan PIPK mengunjurkan hanya sebanyak 40 penyertaan dalam pertandingan inovasi pedagogi. Namun begitu, sambutan hangat di luar jangkaan telah menyaksikan penyertaan sebanyak 83 projek.

Ketua Hakim pada hari itu iaitu Profesor Dr Marohaini Yusof menyatakan kekaguman beliau dengan kesungguhan para peserta. Beliau turut menyarankan agar beberapa hasil inovasi yang dipertandingkankan pada hari itu dipatenkan.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1. Kategori Pelajar
2. Kategori Gabungan Pelajar-Pensyarah
3. Kategori Pensyarah

Majlis perasmian penutupan HIP 2009 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Haji Khair bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru yang baharu. Beliau melahirkan rasa bangga atas usaha pihak penganjur dalam menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan dalam kalangan para pensyarah dan bakal guru.

Selain daripada pertandingan inovasi pedagogi, HIP 2009 dimeriahkan lagi dengan majlis forum pendidikan khas yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas, JIP.

Thursday, May 7, 2009

Penyelidik di Concorde Inn KLIA

Pada 23-25 April yang lalu, sekumpulan 20 orang penyelidik dari IPGM berkumpul di Concorde Inn KLIA bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam menganalisis data kajian kuantitatif. Kursus selama tiga hari dua malam itu dibimbing oleh fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Puan Dewani Goloi dari EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sepanjang berkursus, para peserta begitu tekun dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang proses perkongsian ilmu tersebut. Semoga usaha jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK) ini akan memberi sumbangan besar kepada usaha mengangkat martabat profesion keguruan terutama dalam bidang penyelidikan.

Saturday, March 28, 2009

Bengkel Pemantapan Proposal Kajian 2009

Ipoh, Perak - Seramai 25 orang pasukan penyelidik termasuk urus setia telah berkampung di Hotel Heritage, Ipoh bagi mengikuti bengkel pemantapan proposal kajian bagi tahun 2009. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memantapkan lagi proposal yang telah disediakan sebelum ini.
Fasilitator yang memberi bimbingan dalam bengkel ini terdiri daripada Dr Suria Baba, Dr Ranjit Kaur, Cik Hajah Fatimah Idris dan Encik Tajuldin Muhammad. Bagi memantapkan lagi bimbingan, jabatan ini telah mendapatkan khidmat pakar daripada Unit Pusat Komputer iaitu Encik Ahmad Ridzuan Abdul Talib bagi membantu dari segi kemudahan teknologi dan khidmat 'troubleshooting'.
Kehadiran Yang Berbahagia Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu menyemarakkan lagi semangat para penyelidik untuk menyempurnakan tugasan dan tanggugjawab masing-masing. Ketika berucap merasmikan bengkel, beliau menekankan tentang kepentingan untuk menguasai dan memantapkan ilmu dalam penyelidikan serta membudayakan penyelidikan dalam diri setiap pensyarah.
Menurut beliau lagi, penyelidikan dan inovasi seharusnya dijadikan suatu pendekatan bagi menambah baik cara mengajar.
"Kita tidak mahu melahirkan guru yang tidak sesuai pada zamannya," kata beliau lagi.

Monday, February 23, 2009

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

Hantar maklum balas Soal selidik Kepuasan Pelanggan ke ipbmm2008@gmail.com

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas kepuasan pelanggan. Kepuasan pelanggan merujuk kepada respons pelanggan (sekolah) terhadap kualiti produk Institut Pendidikan Guru (IPG). Produk ini merujuk kepada guru permulaan yang ditempatkan di sekolah dalam tempoh enam bulan setelah tamat kursus di IPG. Soal Selidik Kepuasan Pelanggan ini perlu dilengkapkan oleh pihak sekolah (Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia) setelah mengenali guru berkenaan selama enam bulan. Maklum balas kepuasan pelanggan ini akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan kualiti guru permulaan. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan dalam melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih

Panduan untuk Menjawab Soal Selidik:
1. Soal selidik ini hendaklah dilengkapkan selepas enam bulan guru permulaan berada di sekolah.
2. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B).
3. Bahagian A mengenai latar belakang guru permulaan hendaklah dilengkapkan oleh guru permulaan yang dinilai.
4. Bahagian B adalah soalan-soalan mengenai kepuasan pelanggan terhadap guru permulan untuk diisi oleh Penilai (Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia). Bahagian ini dibahagi kepada enam aspek, iaitu:
I. Maklumat am
II. Kualiti diri guru permulaan
III. Kemahiran guru permulaan dalam pengajaran dan pembelajaran
IV. Kebolehan guru permulaan mengurus kokurikulum
V. Kemampuan guru permulaan mengurus tugas-tugas di sekolah
VI. Cadangan penambahbaikan guru permulaan
5. Tuan/Puan dikehendaki menandakan () atau menulis pada ruangan yang berkaitan.
6. Tuan diingatkan bahawa guru yang dinilai ialahh guru permulaan.
7. Penilaian dibuat berdasarkan persetujuan tuan terhadap setiap penyataan mengenai guru permulaan dengan menggunakan skala yang berikut:

1 Sangat Tidak Bersetuju
2 Sederhana Bersetuju
3 Sangat Bersetuju
4 Tidak Bersetuju
5 Bersetuju

Bahagian A: Latar Belakang Guru Permulaan (Untuk dilengkapkan oleh Guru Permulaan)


1. Jantina
Lelaki
Perempuan

2. Program Perguruan yang diikuti di Institut Pendidikan Guru
KPLI Sekolah Menengah
KPLI Sekolah Rendah
KDPM
PISMP
Kursus Persediaan

3. Pengkhususan mata pelajaran semasa di Institut Pendidikan Guru (nyatakan):
3.1 Mata pelajaran Major ...........................................................
3.2 Mata pelajaran Minor ...........................................................

4. Mata pelajaran yang diajarkan di sekolah sekarang:

...............................................................................................
................................................................................................

5. Pengkhususan kokurikulum semasa di Institut Pendidikan Guru (nyatakan):
5.1 Sukan/Permainan .................................................................
5.2 Unit Beruniform ...................................................................
5.3 Kelab/Persatuan ....................................................................

6. Aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan di sekolah (nyatakan):
6.1 Sukan/Permainan .................................................................
6.2 Unit Beruniform ..................................................................
6.3 Kelab/Persatuan ...................................................................

7. Lokasi sekolah
 Bandar
 Luar Bandar

8. Pengalaman mengajar sebelum masuk ke Institut Pendidikan Guru:

Ya
Tidak

(sekiranya ya , sila nyatakan : ..............................tahun.



Bahagian B: (Untuk dilengkapkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia)

I : Maklumat Am

1. Jawatan Penilai

Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan
Ketua Panitia

2. Adakah guru permulaan diberi tugas untuk mengajarkan mata pelajaran mengikut pengkhususan mereka di Institut Pendidikan Guru?

Ya
Tidak (sekiranya tidak, berikan sebab:

.................................................................................................................................................................................................................................................................

3. Adakah guru permulaan diberi tugas dalam aktiviti kokurikulum di sekolah berdasarkan bidang kokurikulum (Gerko) semasa mereka di Institut Pendidikan Guru?

Ya
Tidak (sekiranya tidak, berikan sebab:

..................................................................................................................................................................................................................................................................

II: Kualiti Diri Guru Permulaan yang Dinilai
Sila tandakan ( ) pilihan anda berdasarkan skala berikut:

1. Sangat Tidak Bersetuju (STB)
2. Tidak Bersetuju (TB)
3. Sederhana Bersetuju (S)
4. Bersetuju (B)
5. Sangat Bersetuju (SB)

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan berikut mengenai kualiti diri guru permulaan ketika menghadapi tugas pengajaran dan pembelajaran (P-P) di sekolah?
Isi pada ruang yang disediakan.

1 Boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja di sekolah ( )
2 Boleh bekerjasama dengan staf dalam pelaksanaan tugas P-P di sekolah ( )
3 Menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik semasa berinteraksi di sekolah ( )
4 Menunjukkan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan ( )
5 Menunjukkan kesungguhan dalam pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan ( )
6 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugas harian di sekolah ( )
7 Menunjukkan kemampuan untuk menghadapi cabaran di sekolah ( )
8 Menunjukkan amalan proaktif dalam pelaksanaan tugas di sekolah ( )
9 Berdisiplin ketika melaksanakan tugas di sekolah ( )
10 Berusaha untuk membaiki diri dalam pelaksanaan tugas ( )
11 Menepati masa dalam pelaksanaan tugas ( )
12 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembangunan profesional di sekolah ( )

III. Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah
Sila tandakan () nombor bagi menunjukkan pilihan anda berdasarkan skala berikut.

1. Sangat Tidak Bersetuju (STB)
2. Tidak Bersetuju (TB)
3. Sederhana Bersetuju (S)
4. Bersetuju (B)
5. Sangat Bersetuju (SB)

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan berikut mengenai kebolehan guru permulaan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
Isi pada ruang yang disediakan.

1. Berkebolehan mengajarkan mata pelajaran pengkhususan ( )
2. Dapat merancang pengajaran harian berpandukan sukatan pelajaran ( )
3. Boleh menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan murid ( )
4. Dapat menggunakan pelbagai bahan sumber dalam P-P ( )
5. Boleh melaksanakan penilaian berterusan untuk meningkatkan pembelajaran murid ( )
6. Dapat menggunakan pelbagai kaedah dalam P-P ( )
7. Boleh menerapkan nilai murni dalam P-P ( )
8. Dapat mengamalkan unsur-unsur kesepaduan dalam P-P ( )
9. Berupaya untuk memotivasikan murid semasa P-P ( )
10. Boleh merangsang murid untuk berfikir dalam P-P ( )
11. Dapat mewujudkan suasana P-P yang menyeronokkan ( )
12. Boleh mengawal disiplin murid semasa mengajar ( )
13. Dapat berkomunikasi dengan berkesan di bilik darjah ( )

IV. Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah
Sila tandakan/nyatakan pada( ) bagi menunjukkan pilihan anda berdasarkan skala berikut.

1. Sangat Tidak Bersetuju (STB)
2. Tidak Bersetuju (TB)
3. Sederhana Bersetuju (S)
4. Bersetuju (B)
5. Sangat Bersetuju (SB)

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan berikut mengenai kemampuan guru permulaan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah?

1. Boleh merancang aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan ( )
2. Dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang ( )
3. Dapat melatih murid dalam kemahiran asas sesuatu acara kokurikulum ( )
4. Mampu membantu mengelolakan pertandingan kokurikulum ( )
5. Boleh membantu dalam tugas pengadilan aktiviti kokurikulum ( )
6. Boleh membantu menjalankan tugas pengurusan aktiviti kokurikulum ( )
7. Dapat menyesuaikan diri dalam pelaksanaan tugas kokurikulum mengikut keperluan dan situasi sekolah ( )

V. Pengurusan Kerja Di Sekolah
Sila tandakan/nyatakan pada ( ) bagi menunjukkan pilihan anda berdasarkan skala berikut.

1. Sangat Tidak Bersetuju (STB)
2. Tidak Bersetuju (TB)
3. Sederhana Bersetuju (S)
4. Bersetuju (B)
5. Sangat Bersetuju (SB)

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan berikut mengenai kebolehan guru permulaan untuk mengurus kerja rutin di sekolah?

1 Boleh memeriksa hasil kerja murid secara berterusan ( )
2 Dapat mengemaskinikan rekod kehadiran murid ( )
3 Boleh mengurus rekod kemajuan murid mengikut masa yang ditetapkan ( )
4 Dapat mengemaskinikan maklumat murid dalam buku rancangan pengajaran harian guru ( )
5 Dapat melaksanakan tugas tambahan luar waktu sekolah ( )


VI: Cadangan Penambahbaikan
Apakah cadangan anda untuk meningkatkan kualiti guru permulaan lulusan Institut Pendidikan Guru?


i. ________________________________________________________________

________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

________________________________________________________________

Terima kasih atas kesudian tuan menjawab soal selidik ini.

© HAK CIPTA TERPELIHARA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sunday, February 22, 2009

MAKLUM BALAS PELANGGGAN

e-melkan maklum balas ini ke : ipbmm2008@gmail.com


MAKLUM BALAS PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PERGURUAN YANG DISEDIAKAN OLEH BPG/IPG


A. MAKLUM BALAS

Tarikh: ___________________

1. Sila berikan penilaian perkhidmatan perguruan yang tuan terima.

□ Guru Permulaan
□ Praktikum
□ Mentoring daripada BPG/IPG

Berdasarkan skala berikut, tandakan ( √ ) atau "bold" pada tahap yang dipilih.
Tahap Skala

Cemerlang (5)
Baik (4)
Memuaskan (3)
Kurang Memuaskan (2)
Tidak Memuaskan (1)


2. Jika tidak memuaskan, nyatakan sebabnya:

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________


B. CADANGAN

3. Cadangan untuk memperbaik tahap perkhidmatan:

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________




Terima kasih atas kerjasama dan maklum balas yang anda berikan.

TERIMA KASIH DAN SEKALUNG TAHNIAH

Warga jabatan ini mengucapkan sekalung terima kasih dan tahniah kepada Dr. Rashidah Begam O.A. Rajak yang telah banyak menyumbang kepada jabatan ini. Beliau masih berada di IPGM Kampus Bahasa Melayu tetapi kini bertugas di bawah naungan Jabatan Bahasa (lebih spesifik lagi...Unit Bahasa Inggeris). Tahniah kerana telah memberi komitmen yang sangat baik ketika bersama kami di jabatan ini. Terima kasih daun keladi. Biarpun kita berlainan jabatan tetapi jasa dan sumbangan Dr. tetap dikenang dan tersemat kukuh di hati kami.

Ucapan penghargaan dan tahniah ini juga ditujukan kepada Puan Aishah Rohani binti Nahar yang kini dinaikkan pangkat ke DG52. Beliau kini bertugas di Jabatan Bahasa, IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Semoga beliau berbahagia bertugas di kampung halaman sendiri.Terima kasih Puan Aishah kerana sentiasa menceriakan hari kami sepanjang puan bertugas di jabatan ini.

Kepada ahli baharu iaitu Tuan Haji Osman Mohd Ali, terima kasih kerana memilih jabatan ini dan tahniah atas kenaikan pangkat.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mantan Ketua Jabatan yang kini dinaikkan pangkat ke DG5. Beliau memilih untuk terus kekal di jabatan ini. Terima kasih kerana terus menyokong kami dan juga kerja-kerja berkaitan penyelidikan di jabatan ini. Semoga usaha kita ini akan diberkati dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Kepada Ketua Jabatan Yang baharu, Dr. Suria Baba, tahniah atas perlantikan dan terima kasih kerana tidak pernah sekalipun berkata tidak kepada segala usaha untuk meningkatkan amalan budaya penyelidikan di jabatan ini khususnya dan seluruh warga IPGM Kampus Bahasa Melayu ini amnya. Tahniah juga atas pembentangan kertas kerja di UCLA U.S.A. baru-baru ini. Permulaan yang sangat memberangsangkan bagi tahun 2009. Semoga akan ada ramai lagi pensyarah kita diberi peluang untuk berkongsi ilmu di negara orang dan seterusnya mengangkat martabat profesion yang kita banggakan ini.

Kepada ahli yang masih kekal di jabatan ini, tahniah dan terima kasih kerana terus sudi memberi sumbangan. Kepada Puan Zaini Taha, terima kasih dan tahniah kerana sentiasa dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA !