Friday, June 20, 2014

TAHNIAH!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dr. Abdul Murad bin Salleh atas jawatan baharu SISC+  yang diterima. Semoga Dr. terus  berjaya dan cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baharu. Segala sumbangan tenaga dan kepakaran Dr.sepanjang berkhidmat di JPIPK sangat kami hargai dan tidak kami lupakan.
Sumbangan ikhlas dari kami...

Tesis YBhg Dr. bakal menjadi rujukan semua warga IPGKBM

TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA YBHG DR....

KURSUS INOVASI DALAM PENDIDIKAN MELALUI YOUTUBE

Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera warga IPG KBM,

Alhamdulillah, Kursus Inovasi Dalam Pendidikan Melalui YouTube telah berjaya dijalankan pada 30 April 2014. Jutaan terima kasih kepada penceramah yang dijemput khas daripada PPD Kuala Terengganu iaitu Dr. Tajuldin bin Muhammad (SIPartner +).

Input yang diberikan adalah sangat berguna dan dapat membantu para peserta mengaplikasikan inovasi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peserta telah berjaya mendaftar, memuat naik, memuat turun video, mengedit dan memasukkan video ke dalam blog peribadi. Peserta juga mempamerkan minat dan bersemangat semasa mengikuti setiap sesi aktiviti. Terima kasih atas sokongan dan kesungguhan semua peserta.

Sumbangan ikhlas untuk  YBhg. Dr. Tajuldin

Sebahagian peserta yang menyertai kursus...