Wednesday, June 29, 2011

BERITA JPIPK (MEI - JUN) 2011

PERKARA : TAKLIMAT PENULISAN LAPAORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
SASARAN : PISMP SEM.8
TARIKH : 25 MEI 2011
CATATAN : Tahniah! kebanyakan pelajar hadir untuk mendengar taklimat tetapi kelihatan seperti kurang faham... Sedia maklum kerana belum melalui proses penulisan.

PERKARA : AKTIVITI PENYELIDIKAN
PENCERAMAH : Y.BHG. Dr. RAMLI SAADON (JSS)
SASARAN : PENSYARAH
TARIKH : 27 JUN 2011
CATATAN : Tahniah! kepada pensyarah yang hadir. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manafaat kepada kita semua. InsyaAllah..
Banyak kekangan yang dihadapi kerana terdapat beberapa perkara yang melibatkan pensyarah berjalan serentak pada hari berkenaan. Mohon semak takwim untuk aktiviti akan datang. Terima kasih Dr.

Tuesday, June 28, 2011

FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Saya ingin mengingatkan semua pelajar PISMP Semester 8 yang sedang menjalankan penyelidikan tindakan dan mula menulis Laporan Penyelidikan Tindakan supaya mematuhi kehendak dan keperluan IPG. Sila semak Format yang dicadangkan dan kandungan yang sepatutnya ada dalam setiap tajuk dan subtajuk. Setiap teguran daripada penyelia perlu diamati supaya dapat dirasionalkan mengikut keperluan. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kajian dan penulisan yang dibuat. SELAMAT MAJU JAYA. 28.06.2011.