Sunday, October 25, 2009

HARI INOVASI PEDAGOGI 2009

JABATAN Penyelidikan dan Inovasi Profesional Keguruan (PIPK)dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan(JIP) telah menganjurkan Hari Inovasi 2009 pada 15 Oktober 2009 yang lalu.

Pada peringkat awal, pihak penganjur terutamanya Jabatan PIPK mengunjurkan hanya sebanyak 40 penyertaan dalam pertandingan inovasi pedagogi. Namun begitu, sambutan hangat di luar jangkaan telah menyaksikan penyertaan sebanyak 83 projek.

Ketua Hakim pada hari itu iaitu Profesor Dr Marohaini Yusof menyatakan kekaguman beliau dengan kesungguhan para peserta. Beliau turut menyarankan agar beberapa hasil inovasi yang dipertandingkankan pada hari itu dipatenkan.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1. Kategori Pelajar
2. Kategori Gabungan Pelajar-Pensyarah
3. Kategori Pensyarah

Majlis perasmian penutupan HIP 2009 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Haji Khair bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru yang baharu. Beliau melahirkan rasa bangga atas usaha pihak penganjur dalam menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan dalam kalangan para pensyarah dan bakal guru.

Selain daripada pertandingan inovasi pedagogi, HIP 2009 dimeriahkan lagi dengan majlis forum pendidikan khas yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas, JIP.