Friday, September 5, 2014

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL YANG TELAH DIMURNIKAN

CADANGAN KANDUNGAN : PROPOSAL LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
Dr.Rosinah bt. Edinin, JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu,
PENENTUAN TAJUK
} Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi.
} Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.
} Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa Inggeris menggunakan “little book technique”.
} Meningkatkan/ mengembangkan/ menambah ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/ aktiviti/ program dll).
PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPGM
} Nama penyelidik
} Nama institusi
} Isi kandungan
} PENDAHULUAN
} FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
} OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
} TINJAUAN LITERATUR
} KUMPULAN SASARAN
} PELAKSANAAN KAJIAN
} PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
} SENARAI RUJUKAN
} LAMPIRAN
PENDAHULUAN
} Latar belakang kajian
} Menerangkan berkaitan topik kajian
} Menerangkan hal/ perkara berkaitan tujuan, objektif kajian
} Tujuan kajian
a. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
} Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
} Biasanya, penulisan menggunakan perkataan ‘saya’.
} Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi.
} Refleksi kepada :
 Diri sendiri, Kanak-kanak, Persekitaran
 Kawan-kawan, isi kandungan, ABM
 Pendekatan P & P: strategi, teknik, kaedah,aktiviti
} Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum menjalankan kajian saintifik-penyelidikan)
FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
Terdiri daripada 3 bahagian :
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
} Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
} Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
} Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.
b. Tinjauan masalah
} Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
} Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
} Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
} Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
} Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
} Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN
} Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
} Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
} Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
} Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)
} Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
} Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..
SOALAN KAJIAN
} Tuliskan soalan kajian mengikut objektif khusus tetapi ditulis dalam bentuk soalan.
} Gunakan kata soal – Contoh:
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat membantu murid menulis dengan baik?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan betul?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat mengembangkan keupayaan menulis huruf a hingga z?
TINJAUAN LITERATUR
} Bahagian 1 : Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program, dasar-dasar kerajaan, misi, visi, falsafah pendidikan, KSPK - semua yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
} Bahagian 2 :Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
} Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
} Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)
KUMPULAN SASARAN
} Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:
} bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
Menerangkan pelaksanaan kajian yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah iaitu langkah-langkah penyelesaian masalah, cara mengumpul data (alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data bagi membuktikan tindakan/ intervensi yang dipilih telah berjaya) dan cara untuk menganalisis data yang diperoleh selepas menjalankan tindakan.
Terdiri daripada 3 bahagian :
  1. Perancangan langkah-langkah tindakan
  2. Perancangan cara mengumpul data
  3. Perancangan cara menganalisis data
a Perancangan langkah-langkah tindakan
} Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
} Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
} Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Hampir sama dengan penulisan RPH.
} Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.
b Perancangan cara mengumpul data
} Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
} Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’. Tujuannya untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data yang diperoleh.
} Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
} Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian
c Perancangan cara menganalisis data
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
} *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.
} *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
} *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. Perlu diberi perhatian untuk penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan (sem 8)
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
a. JADUAL PELAKSANAAN KT
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.
i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
iv. Merancang tindakan – 3 hari
v. Melaksanakan tindakan – 8 hari
vi. Menganalisis tindakan – 2 hari
vii. Membuat refleksi – 1 hari
viii. Menulis laporan kajian – 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari
  1. KOS KAJIAN
} Sediakan dalam bentuk jadual:
 Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
} Pengangkutan
} Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian
PENULISAN RUJUKAN
} Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:
 Jurnal
 Buku
 Buku dalam buku
 Topik dalam buku
 ERIC document
 Jurnal online
 Tesis, Laporan
 Seminar, prosiding
 dll

Friday, June 20, 2014

TAHNIAH!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dr. Abdul Murad bin Salleh atas jawatan baharu SISC+  yang diterima. Semoga Dr. terus  berjaya dan cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baharu. Segala sumbangan tenaga dan kepakaran Dr.sepanjang berkhidmat di JPIPK sangat kami hargai dan tidak kami lupakan.
Sumbangan ikhlas dari kami...

Tesis YBhg Dr. bakal menjadi rujukan semua warga IPGKBM

TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA YBHG DR....

KURSUS INOVASI DALAM PENDIDIKAN MELALUI YOUTUBE

Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera warga IPG KBM,

Alhamdulillah, Kursus Inovasi Dalam Pendidikan Melalui YouTube telah berjaya dijalankan pada 30 April 2014. Jutaan terima kasih kepada penceramah yang dijemput khas daripada PPD Kuala Terengganu iaitu Dr. Tajuldin bin Muhammad (SIPartner +).

Input yang diberikan adalah sangat berguna dan dapat membantu para peserta mengaplikasikan inovasi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peserta telah berjaya mendaftar, memuat naik, memuat turun video, mengedit dan memasukkan video ke dalam blog peribadi. Peserta juga mempamerkan minat dan bersemangat semasa mengikuti setiap sesi aktiviti. Terima kasih atas sokongan dan kesungguhan semua peserta.

Sumbangan ikhlas untuk  YBhg. Dr. Tajuldin

Sebahagian peserta yang menyertai kursus...



Tuesday, April 29, 2014

KURSUS INOVASI DALAM PENDIDIKAN MENERUSI YOUTUBE

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Kursus Inovasi dalam Pendidikan Menerusi YouTube akan diadakan seperti maklumat di bawah...


KURSUS INOVASI DALAM PENDIDIKAN
MELALUI YOUTUBE

TARIKH: 30 APRIL 2014 (RABU)
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT: BILIK SIMULASI ARAS 6, MENARA IPG KBM
PESERTA: SEPERTI DALAM SENARAI

PENCERAMAH: DR.TAJULDDIN BIN MUHAMMAD (SIPartner+)


MOHON BAWA KOMPUTER LAPTOP, BROADBAND & WAYAR SAMBUNGAN 



Wednesday, April 9, 2014

PENDAFTARAN FRGS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Taklimat berhubung FRGS telah berjaya dijalankan dan ramai daripada kalangan warga IPG KBM telah pun mendaftar. Bagi yang belum, bolehlah mendaftar mengikut garis panduan seperti di bawah:

1.  Klik: http://mygrants.gov.my
2.  Untuk mendaftar, klik SIGN UP NOW, isikan maklumat yang diperlukan. Klik    
     NEXT.
3.  Dalam ruangan Personal Information: Isi butiran yang bertanda (*). Ruangan   
     yang tidak bertanda (*) boleh diisi selepas LOG IN nanti.
        a. Bagi maklumat Academic Start Date: isi tarikh mula dilantik DG41.
        b. Bagi ruangan Date of first Appointment with this university: Isi tarikh   
            berkhidmat di IPG KBM.
        c. Bagi ruangan Research Cluster: pilih bidang pengkhususan tuan/puan, boleh
            pilih lebih dari satu.
        d. Klik SELECT, SUBMIT dan isi ruangan EXPERTISE.
4.  Klik REGISTER.
5.  Emel akan dihantar kepada tuan/puan. Selepas beberapa jam, tuan/puan boleh la    
     LOG IN dan membuat EDIT maklumat diri masing-masing.
6.  Untuk membuat permohonan grant, setelah wujud pasukan penyelidik dan
     proposal, Klik NEW  APPLICATION (kiri), klik GRANT FRGS 2014-1 dan  
     PROCEED isi semua maklumat yang diperlukan.
7.  Klik SUBMIT.

Semoga Berjaya.

Friday, April 4, 2014

SESI TAKLIMAT SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa satu sesi Taklimat berhubung Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) oleh Ketua Jabatan PIPK akan diadakan seperti maklumat di bawah...


SESI TAKLIMAT
SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)

TARIKH: 4 APRIL 2014
MASA: 9.30 PAGI
TEMPAT: BILIK SIMULASI ARAS 6
PESERTA: 2 WAKIL SETIAP JABATAN 

ANJURAN: JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN




Friday, March 21, 2014

KURSUS PEMBINAAN PROPOSAL DAN INSTRUMEN KAJIAN

Hari Ketiga (21Mac 2014)


Hari ini ialah hari terakhir kursus dilaksanakan.  Slot dimulakan dengan pembentangan oleh Dr. Roslina bt. Suratnu berkenaan tajuk "Penulisan Bibliografi" berdasarkan sistem American Psychological Association (APA).  Slot seterusnya ialah berkaitan "Rujukan Sumber Elektronik" yang disampaikan oleh Pn. Norfadhilah binti Nasrudin. Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,  En. Hamdan bin Misram.  Beliau menyarankan agar para peserta dapat menghasilkan penulisan ilmiah demi kelangsungan kecemerlangan profesionalisme keguruan.

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat.

TERIMA KASIH, JUMPA LAGI....


Thursday, March 20, 2014

KURSUS PEMBINAAN PROPOSAL DAN INSTRUMEN KAJIAN 2014

Kursus PPIK 2014 sedang dilaksanakan dengan lancar.  Pada hari pertama, 19 Mac 2014 seramai 20 orang peserta menghadiri kursus ini.  Fasilitator kursus terdiri daripada Dr. Abd Murad bin Salleh, Dr. Roslina bt. Suratnu, Dr. Shahlan bin Surat dan Pn. Norfadhilah bt. Nasrudin, sementara En. Suhasni bin Dollah dan Pn. Juairiah bt. Marjonet sebgai urusetia kursus.  Kursus PPIK 2014 berlangsung selama tiga hari dan akan tamat pada 21 Mac 2014.  

Hari kedua kursus, 20 Mac 2014 tajuk yang dibincangkan meliputi "Tajuk dan Masalah Kajian", "Kaedah Pengutipan Dada" dan "Penganalisaan Data" oleh Dr. Abd Murad bin Salleh.  Kursus PPIK akan diteruskan lagi pada 21 Mac 2014.


KJ JPIPK khusyuk mendengar

Taklimat Dr. Abd Murad bin Salleh

Faslitator jemputan Dr. Shahlan bin Surat
Pn. Norfadhilah bt. Nasrudin 


Dr. Roslina bt. Suratnu 

Pn. Juairiah bt Marjonet












Jurnal Semarak Bahasa
Hasil Akhir Kursus PPIK 2014

Friday, March 14, 2014

KURSUS PEMBINAAN PROPOSAL DAN INSTRUMEN KAJIAN

CADANGAN PELAKSANAAN KURSUS

TARIKH           : 19, 20, dan 21 Mac 2014
TEMPAT          :  Bilik Bengkel/Simulasi Tingkat 6 Bangunan Baharu
PESERTA        : 1 Urus setia, 20 pensyarah dan 4 fasilitator

JADUAL KURSUS

      MASA
HARI
 8.30-10.00

10.00-10.30
10.30-12.30
12.30-2.30 
2.30-4.30

RABU
(19 MAC 2014)

TAKLIMAT
JENIS DAN BENTUK KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF

Kualitatif – drsu
Kuantitatif -nn


REHAT

BENGKEL PROPOSAL KAJIAN

PROSES KONSULTANSI REKA BENTUK KAJIAN/KAEDAH GABUNGAN
dams


REHAT

BENGKEL PROPOSAL KAJIAN

PROSES KONSULTANSI TAJUK & MASALAH KAJIAN


dss

KHAMIS
(20 MAC 2014)

BENGKEL PROPOSAL KAJIA
PROSES KONSULTANSI REKA BENTUK KAJIAN

Semua Fasilitator





REHAT


BENGKEL PROPOSAL KAJIAN

PROSES KONSULTANSI KAEDAH PENGUTIPAN DAN DATA
Semua fasilitator
REHAT

BENGKEL PROPOSAL KAJIAN

PROSES KONSULTANSI KAEDAH PENGUTIPAN DAN PENGANALISISAN DATA

Semua fasilitator
JUMAAT
(21 MAC 2014)
PENULISAN LAPORAN- PENYAMPAIAN DAN PENGOLAHAN

dams/dss

REHAT
RUMUSAN
DAN PENYEDIAAN DRAF LAPORAN PENYELIDIKAN JABATAN

Ketua Jabatan/urus setia

Ketua Jabatan JPIPK
Encik Hamdan b. Misram

Fasilitator:
Drsu:Dr. Roslina bt. Suratnu
dre:Dr Rosinah bt. Edinin
dams: Dr Abd Murad bin Salleh
dss: Dr Shahlan bin Surat
nn: Norfadhilah bt. Nasruddin
Urus setia:
Suhasni bin Dollah
Puan Juairiah Marjonet