Sunday, September 26, 2010

TAHNIAH!!! Semuanya telah selesai: Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Semester 8

Alhamdulillah, tamat sudah Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar Semester 8 selama 3 hari di IPG KBM. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya membentangkan hasil dapatan mereka dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan pensyarah. Semoga pembentangan ini dapat membantu menghasilkan penulisan laporan penyelidikan tindakan yang berkualiti supaya boleh dijadikan panduan oleh penyelidik akan datang. Terima kasih kepada Puan Pengarah, Puan Soriah binti Abdullah kerana sudi hadir untuk menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada AJK Pelaksana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat JPIPK, para pensyarah dan pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Wednesday, September 8, 2010

FORMAT PENULISAN ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN


TAJUK - Rujuk objektif kajian, variabel kajian
NAMA PENYELIDIK –
ABSTRAK – tujuan, metodologi, hasil, batasan kajian, implikasi kajian, ketulenan, kata kunci
PENGENALAN – Refleksi P & P, Refleksi nilai pendidikan, isu, objektif, soalan
TINJAUAN LITERATUR – definisi operasi, kajian lepas, hipotesis, literature, model, teori (jika ada)
METODOLOGI – kumpulan sasaran, instrumen, kesahan & kebolehpercayaan(jika ada), tindakan yang dijalankan, cara pengumpulan data
KEPUTUSAN – analisis deskriptif, inferensi
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN – rumusan, cadangan kajian seterusnya
RUJUKAN – mengikut APA


* Cadangan format kepada pelajar PISMP sem. 8,

JPIPK, IPG KBM



Friday, September 3, 2010

Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan Tindakan Pelajar Sem. 8 IPG KBM

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP SEM. 8

Untuk makluman kepada semua pensyarah dan pelajar IPG KBM

TARIKH : 22-24 Sept. 2010
TEMPAT : Dewan Tun Seri Lanang, IPG KBM
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Selamat menyediakan artikel penyelidikan dan persembahan kertas kerja.
JPIPK

Tamat sudah Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, Seminar Penyelidikan yang diadakan pada 24 Ogos 2010 telah tamat dengan jayanya. Pihak urus setia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Baiduriah binti Yaakub atas kesudiaan beliau untuk hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan, penyampaian sijil dan melancarkan Jurnal Semarak Bahasa Bil 2/2009. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah dan Puan Jamaliah binti Mohd Salleh, Timbalan Pengarah, IPG KBM atas kehadiran dan sokongan mereka.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah atas sokongan dan komitmen anda pada seminar berkenaan.

Pihak JPIPK juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK Pelaksana iaitu terdiri daripada pelajar PISMP Sem. 8, IPG Kampus Bahasa Melayu atas kesungguhan mereka menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG KBM. KJPIPK.