Saturday, January 28, 2012

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP SEMESTER 7 DAN 8 2012

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PISMP SEMESTER 7 2012

Bil

Perkara

Tarikh

Catatan

1

Penyediaan Proposal kajian Penyelidikan Tindakan (Semester 1) mengikut Format penuliasan IPGM

  • Tajuk, masalah P & P, Tindakan menyelesaikan masalah
  • Pelajar membuat pembacaan – kajian literatur
  • Menjalankan tinjauan masalah kajian
  • Menyediakan alat kajian yang sesuai
  • Menganalisis data tinjauan awal
  • Mengenal pasti fokus kajian
  • Menjalankan tindakan
  • Mendapatkan data tindakan penyelesaian masalah (simpan untuk semester 2)

30 Jan – 27 April 2012

· Cuti Tahun Baru Cina (23 – 27 Jan 2012)

· Cuti Pertengahan Semester ( 10 – 18 Mac 2011)

· Perjumpaan dengan penyelia dari semasa ke semasa sepanjang praktikum

· Pengesahan penyelia (tajuk, masalah P & P dan tindkan penyelesaian masalah)

· Pengesahan dibuat dari semasa ke semasa

· Pembentangan Hasil Dapatan Tinjauan awal dan Tindakan yang telah dijalankan

2

Penyemakan penulisan proposal untuk pentaksiran

16 April – 27 April 2012

Tindakan : pelajar + penyelia

3

Pembentangan proposal kajian

*Mengikut kesesuaian tarikh

4

Penghantaran Proposal kajian Penyelidikan Untuk Pentaksiran ( 50%)

30 April 2012

5

Pemurniaan Laporan Penulisan Penyelidikan Tindakan untuk pembentangan (30%) dan Penulisan akhir (70%)

  • Pemurniaan penulisan proposal selaras dengan Format Laporan PT IPGM
  • Pemurniaan kajian literatur
  • Pemurniaan tinjauan awal – Refleksi P & P, alat kajian, hasil tinjauan awal
  • Pemurniaan alat kajian tindakan
  • Pembentangan hasil kajian tindakan

30 April – 25 Mei 2012

· *Peperiksaan ( 14-25 Mei 2010)

· Cuti Semester 1 ( 28 Mei – 15 Jun 2011)

· Tindakan : pelajar + penyelia

· Perjumpaan dengan penyelia dari semasa ke semasa

Penyediaan Laporan Penulisan Penyelidikan Tindakan untuk pembentangan (30%) dan Penulisan akhir (70%)

  • Penulisan / persembahan data hasil kajian tindakan
  • Membincangkan hasil dapatan kajian tindakan ( menyokong / tidak menyokong kajian literatur)

18 Jun - 8 Oktober 2012

Tindakan : pelajar

5

Pembentangan cara persembahan data hasil dapatan kajian yang diperoleh selepas melaksanakan tindakan

18 Jun – 13 Julai 2012

*Internship 4 minggu

(25 Jun – 20 Julai 2012)

· Tindakan : pelajar + penyelia

· Perjumpaan dengan penyelia dari semasa ke semasa

6

Pembentangan Laporan Penulisan Penyelidikan Tindakan : Pertama

23 Julai – 3 Ogos 2012

· Tindakan : pelajar + penyelia

· Cuti Hari Raya Aidilfitri ( 17 Ogos -20 Ogos 2012)

· Pertengahan Semester 2 ( 18 – 27 Ogos 2012)

Pembentangan Penulisan Penyelidikan Tindakan : Kedua

6 Ogos – 17 Ogos 2012

· Tindakan : pelajar + penyelia

8

Semakan Penulisan Penyelidikan Tindakan sebelum pembentangan pada Seminar Penyelidikan Pendidikan

20 Ogos – 31 Ogos 2012

· Tindakan : pelajar + penyelia

9

Penyediaan Powerpoint untuk pembentangan dalam seminar penyelidikan tindakan

3 sept – 7 Sept 2012

Tindakan : Pelajar

10

Pra bentangan mengikut kelas

10 Sept – 14 Sept 2012

Tindakan : Pelajar

Penghantaran Powerpoint kepada urusetia seminar penyelidikan tindakan untuk pembentangan

21 Sept 2012

Tindakan : Pelajar

11

Pembentangan Penulisan Penyelidikan Tindakan (Seminar Penyelidikan Tindakan )

24 -28 September 2012

12

Pemurniaan Laporan penulisan penyelidikan tindakan selepas Seminar Penyelidikan Tindakan

29 Sept – 7 Okt 2012

· Bincang dengan penyelia

· Mengambil kira teguruan yang dibuat semasa pembentangan dalam seminar penyelidikan tindakan

13

Penghantaran Penulisan Penyelidikan Tindakan untuk Pentaksiran (70%)

8 Oktober 2011

*Peperiksaan ( 29 Okt – 9 November 2012)

14

Penghantaran Laporan Penulisan Penyelidikan Tindakan yang telah dijilidkan (*Buckram – 5 salinan )

24 Oktober 2011

Sebelum peperiksaan

*Sebarang pindaan tarikh tertakluk kepada perubahan

Di sediakan oleh: JPIPK, IPG KBM, 2012

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL YANG TELAH DIMURNIKAN

CADANGAN KANDUNGAN : PROPOSAL LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Dr.Rosinah bt. Edinin, JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu,

PENENTUAN TAJUK

} Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi.

} Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.

} Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa Inggeris menggunakan “little book technique”.

} Meningkatkan/ mengembangkan/ menambah ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/ aktiviti/ program dll).

PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPGM

} Nama penyelidik

} Nama institusi

} Isi kandungan

} PENDAHULUAN

} FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

} OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

} TINJAUAN LITERATUR

} KUMPULAN SASARAN

} PELAKSANAAN KAJIAN

} PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

} SENARAI RUJUKAN

} LAMPIRAN

PENDAHULUAN

} Latar belakang kajian

} Menerangkan berkaitan topik kajian

} Menerangkan hal/ perkara berkaitan tujuan, objektif kajian

} Tujuan kajian

a. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

} Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.

} Biasanya, penulisan menggunakan perkataan ‘saya’.

} Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi.

} Refleksi kepada :

Diri sendiri, Kanak-kanak, Persekitaran

Kawan-kawan, isi kandungan, ABM

Pendekatan P & P: strategi, teknik, kaedah,aktiviti

} Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum menjalankan kajian saintifik-penyelidikan)

FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

Terdiri daripada 3 bahagian :

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

} Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.

} Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.

} Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah

} Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).

} Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.

} Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

} Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

} Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah

} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)

} Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh

} Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.

} Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN

} Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)

} Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)

} Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.

} Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)

} Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).

} Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..

SOALAN KAJIAN

} Tuliskan soalan kajian mengikut objektif khusus tetapi ditulis dalam bentuk soalan.

} Gunakan kata soal – Contoh:

} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat membantu murid menulis dengan baik?

} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan betul?

} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat mengembangkan keupayaan menulis huruf a hingga z?

TINJAUAN LITERATUR

} Bahagian 1 : Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program, dasar-dasar kerajaan, misi, visi, falsafah pendidikan, KSPK - semua yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian

} Bahagian 2 :Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian

} Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian

} Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)

KUMPULAN SASARAN

} Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:

} bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

Menerangkan pelaksanaan kajian yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah iaitu langkah-langkah penyelesaian masalah, cara mengumpul data (alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data bagi membuktikan tindakan/ intervensi yang dipilih telah berjaya) dan cara untuk menganalisis data yang diperoleh selepas menjalankan tindakan.

Terdiri daripada 3 bahagian :

  1. Perancangan langkah-langkah tindakan
  2. Perancangan cara mengumpul data
  3. Perancangan cara menganalisis data

a Perancangan langkah-langkah tindakan

} Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.

} Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.

} Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Hampir sama dengan penulisan RPH.

} Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.

b Perancangan cara mengumpul data

} Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.

} Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).

} Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’. Tujuannya untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data yang diperoleh.

} Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.

} Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

c Perancangan cara menganalisis data

} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).

} (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).

} *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.

} *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).

} *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. Perlu diberi perhatian untuk penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan (sem 8)

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. JADUAL PELAKSANAAN KT

Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.

i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)

ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari

iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari

iv. Merancang tindakan – 3 hari

v. Melaksanakan tindakan – 8 hari

vi. Menganalisis tindakan – 2 hari

vii. Membuat refleksi – 1 hari

viii. Menulis laporan kajian – 10 hari

ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

  1. KOS KAJIAN

} Sediakan dalam bentuk jadual:

Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan

} Pengangkutan

} Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian

PENULISAN RUJUKAN

} Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:

Jurnal

Buku

Buku dalam buku

Topik dalam buku

ERIC document

Jurnal online

Tesis, Laporan

Seminar, prosiding

dll