Tuesday, November 17, 2009

ANUGERAH EMAS PENGGERAK AKTIVITI PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah pimpinan Dr Suria Baba telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas bagi penggerak aktiviti penyelidikan dan inovasi peringkat kebangsaan 2009. Pengumuman tersebut dibuat ketika Seminar Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan 2009 anjuran IPG seMalaysia di Hotel Heritage Ipoh bermula dari 10 hingga 12 November 2009 yang lalu.
Semoga dengan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat para penyelidik untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya kepada anggota jabatan ini yang tidak pernah berputus asa berusaha menarik lebih ramai pensyarah melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.
"Sesungguhnya anugerah ini merupakan hadiah istimewa untuk semua penyelidik dan ahli jabatan ini yang aktif menyumbang ke arah menyemarakkan budaya penyelidikan di institut ini. Tanpa kerjasama daripada semua dan tanpa sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi, tidak mungkin kita mampu menyempurnakan semua aktiviti yang telah dirancang" Kata Dr Suria.

Thursday, November 12, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan selamat hari lahir yang ke-57 kepada Yang Berbahagia Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu yang kami semua kasihi.

Kami semua mendoakan semoga Yang Berbahagia Puan Soriah kekal sihat, ceria dan cergas dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Suatu majlis ringkas diadakan hari ini sempena meraikan hari lahir beliau.