Saturday, August 13, 2011

PENYELIA O PENYELIA - TAJUK DAN PERSOALAN KAJIAN

BUNGA O BUNGA
PENYELIA O PENYELIA
PELAJAR O PELAJAR


Cara penulisan tajuk dalam penyelidikan tindakan adalah berbeza dengan penulisan tajuk dalam penyelidikan konvensional. Penggunaan perkataan 'meningkatkan', 'mengembangkan', 'memotivasikan' dan yang sewaktu dengannya adalah digalakkan.
Perkataan 'keberkesanan' biasanya digunakan dalam penyelidikan berbentuk eksperimen iaitu untuk melihat keberkesanan program yang dirancang. Dalam kajian ini, terdapat kumpulan kawalan. Wal hal dalam panyelidikan tindakan, tidak ada kumpulan kawalan.

Persoalan kajian... semestinya berkaitan dengan penyelidikan tindakan yang dijalankan. Jangan pula persoalan kajian berbentuk kajian kes atau yang sewaktu dengannya. Kajian kes dilakukan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan isu yang dikaji. HARAP MAKLUM.

Semoga coretan ringkas ini dapat memantapkan ilmu pengetahuan berkaitan penyelidikan tindakan.

SELAMAT BERPUASA.
SEMOGA MENDAPAT KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.
INSYAALLAH.

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS

TARIKH : 24 OGOS 2011
MASA : 8.30 - 1.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN TUN SERI LANANG, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
ANJURAN : JPIPK + PELAJAR SEMESTER 8
PEMBENTANG : PENYELIDIK JABATAN/ UNIT
PESERTA : PENSYARAH + PELAJAR
Semoga mendapat ilmu yang sesuai untuk peningkatan profesionalisme dalam bidang keguruan. Selain itu, penganjur juga berharap seminar ini membuka peluang kepada peserta seminar untuk memajukan diri dalam segala aspek dan meningkatkan keupayaan menjalankan penyelidikan. SELAMAT MAJU JAYA.


Tuesday, July 5, 2011

FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KPM

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN