Tuesday, September 27, 2011

Nilai Pendidikan Vs Kajian Literatur Dalam Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Apa yang perlu dimasukkan dalam ruangan Nilai Pendidikan? Tuan/puan boleh masukkan Falsafah Pendidikan, Dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan Sukatan Pelajaran/KSPK atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Pastikan perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kajian.Selain itu, bolah masukkan teori pendidikan dan model pendidikan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Apa pula yang perlu dimasukkan dalam Kajian Literatur? Kajian literatur mengandungi kajian-kajian berkaitan (kajian hampir-hampir sama) dengan penyelidikan yang dijalankan. Nilai pendidikan dan kajian literatur merupakan topik yang penting dalam setiap penyelidikan tindakan yang dijalankan. Kedua-duanya merupakan asas dan panduan yang amat diperlukan untuk menjalankan penyelidikan. Hal ini berbeza dengan penulisan kajian konvensional iaitu semua perkara berkenaan dimasukkan dalam kajian literatur.
Sekian, ini saja perkongsian buat kali ini.
Semoga penulisan ini dapat membantu
tuan/puan menyelesaikan masalah penulisan yang dihadapi.
Semoga dapat menghasilkan penulisan berkualiti. Selamat Menulis.

Tuesday, August 23, 2011

SEKUMTUM TULIP MERAH BUAT PENGARAH




SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PEMBENTANG


JPIPK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penyelidik jabatan dan unit yang telah berjaya menyiapkan kajian yang dijalankan. Berikut adalah pembentang pada Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu yang akan diadakan pada 24 Ogos 2011:

Encik Ahmad Taufix bin Mahat (Unit Pusat Sumber)
YBhg. Dr. Rosinah binti Edinin (JPIPK)
Ust. Zaiton binti Mat Deris/ Ust. Aziah binti Mohd Jesan (JAPIM)
Puan Muhaida Akmal binti Mohamad (JBI)
Puan Siti Halimah binti Md Yassin (JPIPK)
Puan Nor Rul Azlifah binti Zulkafali (JSS)
Puan Wak Chu a/p Wok/ Encik Mustakim bin Ayob (JSS)
Puan Tuan Zainab binti Wi (JBM)
Encik Abd. Kahar bin Saprani/ Cik Asiah binti Mohamad Hashim (JTP)
Cik Wan Mardziyah binti Wan Hasbulah (JBM)
YBhg. Dr. Fatimah binti Dahalan/ Puan Noriza binti Sulaiman (JSS)

SYABAS DAN TAHNIAH, SEMOGA SEMUA PEMBENTANGAN DAPAT DITERBITKAN DALAM JURNAL SEMARAK BAHASA BIL 4/2011