Saturday, November 5, 2011

SEJAMBAK LAVENDER BUAT PELAJAR SEMESTER 8


SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SEMESTER 8 YANG TELAH BERJAYA MENYIAPKAN PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Ucapan tahniah atas usaha yang bersungguh buat semua pelajar tahun akhir di IPG KBM ( Opsyan Prasekolah, Bahasa Melayu, Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas)
Anda telah berjaya melalui cabaran dalam menjalankan Penyelidikan Tindakan di sekolah dan membuat penulisan yang terbaik untuk penyelidik akan datang. Harapan kami, semoga segala usaha yang diberikan dapat memberi manafaat kapada semua bagi mengharungi kehidupan anda dan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Semoga usaha-usaha berkenaan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Selamat Maju Jaya.


SALAM AIDILADHA KEPADA WARGA IPG KBM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI PERINGKAT IPG KBM (13 -14 Oktober 2011)






Foto menunjukkan 2 peserta pertandingan yang menarik perhatian iaitu berkaitan serat dan sisik ikan yang digunakan sebagai alat dan bahan perhiasan. Mereka menggunakan bahan terbuang. Itu yang menarik...

Foto juga menunjukkan Y Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan sedang menandatangani Buku Pelawat dalam Bilik Dr Awang Had Salleh.

Pertandingan Inovasi Pedagogi telah dijalankan sepanjang 13 hingga 14 Oktober 2011. Sebanyak 42 penyertaan telah dipertandingkan.
Perasmi penutup telah disempurnakan oleh Y. Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPGM). Terima kasih Datuk kerana sudi hadir dalam majlis kami. Datuk sampai ke tempat perasmian 35 min lebih awal. Semua orang 'panic' terutamanya penyelaras. Minta maaf kepada pegawai khas Datuk iaitu Encik Azzam atas kecelaruan yang berlaku.
Alhamdulillah, tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK dan peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. Jasa baik tuan/puan amat dihargai. Semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Amin

Wednesday, September 28, 2011

ANALISIS PEMERHATIAN MENGGUNAKAN SKALA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN
( 27 - 29 September 2011)


Syabas dan tahniah kepada semua pelajar semester 8 yang telah berjaya menyampaikan hasil penyelidikan yang dijalankan walaupun penyelidikan telah dijalankan dalam jangka masa yang singkat.

Penyelidikan yang berkualiti menggunakan beberapa alat kajian yang ditriangulasikan untuk mendapatkan hasil dapatan yang mantap. Selain itu, beberapa aktiviti yang dijalankan juga dinilai beberapa kali untuk meningkatkan kesahan data yang diperoleh. Purata diperoleh daripada kesemua aktiviti yang dijalankan.

Alat kajian pemerhatian menggunakan senarai semak. Ia digunakan untuk melihat tingkah laku pelajar. Ia dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus. Walau bagaimanapun, didapati terdapat pelajar menggunakan skala (1,2,3,4,5) untuk sesuatu item, analisis lebih sesuai menggunakan kekerapan dan peratus (Graf - melihat skala tertinggi dan paling rendah) dan MIN.

Skala yang dinilai menggunakan peratus SAHAJA tidak sesuai sama sekali kerana penyelidik mempunyai kecenderungan melihat skala tertinggi sahaja. Bagaimana pula dengan skala rendah (diabaikan!!!!). Kesian responden yang memilih skala rendah. TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN % sahaja UNTUK MENGANALISIS ITEM YANG MENGGUNAKAN SKALA.

Sila ambil perhatian,
Kesilapan ini menjejaskan kualiti penulisan laporan penyelidikan tuan/puan.
HARAP MAKLUM. Teruskan perjuangan anda.