Monday, November 22, 2010

TRIANGULASI DALAM KAJIAN KUALITATIF

‘Triangulation’ digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:

  1. Membandingkan pelbagai punca data – responden, masa dan tempat
  2. Membandingkan pelbagai keputusan responden
  3. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data (Gay & Airasian, 2000)

Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza. Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat mana kala triangulasi responden adalah data yang diperoleh daripada perbagai responden iaitu daripada seseorang atau kumpulan. Pelbagai keputusan responden bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama. Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama. Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.

Friday, October 29, 2010

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI TELAH ADA PEMENANG....

Alhamdulillah, pertandingan Anugerah Inovasi telah mendapat pemenangnya untuk kategori pensyarah dan pensyarah+ pelajar. Tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya menarik perhatian para hakim yang bijaksana. Wahana E- Pembelajaran dan Warna dan Ton telah memenangi tempat pertama dan kedua kategori pensyarah mana kala Tumbuhan Fiber, Klik Buku Saya dan Karom Bergambar telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga kategori pensyarah+pelajar. Tahniah sekali lagi daripada pihak Urusetia Pertandingan.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Noryati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG KPM. Turut serta dlam majlis ini ialah Pengarah yang disayangi, Puan Soriah binti Abdullah dan Timbalan Pengarah, Puan Hajah Jamaliah binti Mohd Salleh. Terima kasih atas kehadiran...


Pihak Urusetia juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK pengelola, sahabat-sahabat yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan ini. Semoga berjumpa lagi di tahun 2011. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

ANUGERAH INOVASI PEDAGOGI IPG KBM


Tahniah kepada semua peserta pertandingan kerana telah berusaha dengan bersunggguh-sungguh menyediakan bahan dan alatan pedagogi untuk dipertandingkan. Kesemua bahan dan alatan yang dipamerkan sungguh menarik dan memberangsangkan. Semoga kreativiti pelajar ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, inovasi pedagogi ini juga membantu membuka dan mengembangkan idea pembinaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid-murid untuk terus belajar. Selamat Maju Jaya.