Wednesday, June 29, 2011

BERITA JPIPK (MEI - JUN) 2011

PERKARA : TAKLIMAT PENULISAN LAPAORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
SASARAN : PISMP SEM.8
TARIKH : 25 MEI 2011
CATATAN : Tahniah! kebanyakan pelajar hadir untuk mendengar taklimat tetapi kelihatan seperti kurang faham... Sedia maklum kerana belum melalui proses penulisan.

PERKARA : AKTIVITI PENYELIDIKAN
PENCERAMAH : Y.BHG. Dr. RAMLI SAADON (JSS)
SASARAN : PENSYARAH
TARIKH : 27 JUN 2011
CATATAN : Tahniah! kepada pensyarah yang hadir. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manafaat kepada kita semua. InsyaAllah..
Banyak kekangan yang dihadapi kerana terdapat beberapa perkara yang melibatkan pensyarah berjalan serentak pada hari berkenaan. Mohon semak takwim untuk aktiviti akan datang. Terima kasih Dr.

Tuesday, June 28, 2011

FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Saya ingin mengingatkan semua pelajar PISMP Semester 8 yang sedang menjalankan penyelidikan tindakan dan mula menulis Laporan Penyelidikan Tindakan supaya mematuhi kehendak dan keperluan IPG. Sila semak Format yang dicadangkan dan kandungan yang sepatutnya ada dalam setiap tajuk dan subtajuk. Setiap teguran daripada penyelia perlu diamati supaya dapat dirasionalkan mengikut keperluan. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kajian dan penulisan yang dibuat. SELAMAT MAJU JAYA. 28.06.2011.

Sunday, May 29, 2011

Contoh Kajian Tindakan di Sekolah

Salam tuan/ puan, gambar diatas tidak ada kena mengena dengan perkara yang ingin disampaikan. Saya melihat ramai pengunjung memerlukan contoh Kajian Tindakan. Justeru itu, saya terpanggil untuk memberi jalan kepada tahu tuan/ puan untuk mendapatkan contoh berkenaan.

Sila ke bahagian tepi blog JPIPK ni dan klik Buku Manual Kajian Tindakan, EPRD.

Semoga maklumat ini dapat membantu tuan/ puan dalam penulisan Kajian Tindakan. Tetapi jika tuan/puan pelajar Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMP), penulisan berkenaan agak longgar. Tetapi contoh-contoh alat kajian boleh dijadikan panduan penyediaan alat kajian yang sesuai dengan soalan kajian tuan/puan. Sila rujuk buku Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan penulisan. Pada saya, buku berkenaan boleh memberi panduan bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang mantap sesuai dengan Ijazah yang akan diterima. Terima kasih. Semoga berjaya. Dre.

Friday, May 27, 2011

PANDUAN PENULISAN KAJIAN TINDAKAN BERKUALITI

SESIAPA YANG NAK MENULIS LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN DENGAN CEMERLANG DAN BERKUALITI?
Pelajar PISMP Semester 8 yang mempunyai keinginan untuk menulis satu Laporan Penyelidikan Tindakan yang mantap dan berkualiti boleh merujuk cara penulisan yang terdapat dalam buku di atas. Buku ini juga memberi panduan penyediaan artikel dan bahan persembahan yang diperlukan dalam kursus (30%).

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan:
Tidak tahu apa nak tulis.
Tidak pasti apa yang nak dimasukkan dalam setiap bahagian.
Tidak mempunyai masa untuk membuat analisis penulisan yang terbaik.
Tidak tahu penulisan yang bagaimana adalah terbaik.
Tidak mempunyai tempat untuk membuat rujukan penulisan yang terbaik

Penulisan yang bermutu mengambarkan diri pelajar. Penulisan yang dihasilkan merupakan hak milik peribadi (100%) bukannya milik bersama penyelia. Penyelia hanya membimbing. Justeru itu, pelajar perlu tahu apa yang perlu dimuatkan dalam penulisan masing-masing. Perlu berusaha untuk menghasilkan penulisan yang mantap dan berkualiti. Semoga penulisan tuan/puan menjadi rujukan sehingga akhir hayat. InsyaAllah.. Selamat berusaha. Semoga berjaya dengan cemerlang. Selamat meneroka dan bercuti. MASA ITU EMAS.