Friday, September 5, 2014

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL YANG TELAH DIMURNIKAN

CADANGAN KANDUNGAN : PROPOSAL LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
Dr.Rosinah bt. Edinin, JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu,
PENENTUAN TAJUK
} Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi.
} Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.
} Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa Inggeris menggunakan “little book technique”.
} Meningkatkan/ mengembangkan/ menambah ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/ aktiviti/ program dll).
PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPGM
} Nama penyelidik
} Nama institusi
} Isi kandungan
} PENDAHULUAN
} FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
} OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
} TINJAUAN LITERATUR
} KUMPULAN SASARAN
} PELAKSANAAN KAJIAN
} PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
} SENARAI RUJUKAN
} LAMPIRAN
PENDAHULUAN
} Latar belakang kajian
} Menerangkan berkaitan topik kajian
} Menerangkan hal/ perkara berkaitan tujuan, objektif kajian
} Tujuan kajian
a. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
} Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
} Biasanya, penulisan menggunakan perkataan ‘saya’.
} Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi.
} Refleksi kepada :
 Diri sendiri, Kanak-kanak, Persekitaran
 Kawan-kawan, isi kandungan, ABM
 Pendekatan P & P: strategi, teknik, kaedah,aktiviti
} Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum menjalankan kajian saintifik-penyelidikan)
FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
Terdiri daripada 3 bahagian :
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
} Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
} Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
} Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.
b. Tinjauan masalah
} Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
} Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
} Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
} Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
} Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
} Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN
} Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
} Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
} Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
} Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)
} Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
} Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..
SOALAN KAJIAN
} Tuliskan soalan kajian mengikut objektif khusus tetapi ditulis dalam bentuk soalan.
} Gunakan kata soal – Contoh:
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat membantu murid menulis dengan baik?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan betul?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat mengembangkan keupayaan menulis huruf a hingga z?
TINJAUAN LITERATUR
} Bahagian 1 : Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program, dasar-dasar kerajaan, misi, visi, falsafah pendidikan, KSPK - semua yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
} Bahagian 2 :Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
} Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
} Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)
KUMPULAN SASARAN
} Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:
} bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
Menerangkan pelaksanaan kajian yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah iaitu langkah-langkah penyelesaian masalah, cara mengumpul data (alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data bagi membuktikan tindakan/ intervensi yang dipilih telah berjaya) dan cara untuk menganalisis data yang diperoleh selepas menjalankan tindakan.
Terdiri daripada 3 bahagian :
  1. Perancangan langkah-langkah tindakan
  2. Perancangan cara mengumpul data
  3. Perancangan cara menganalisis data
a Perancangan langkah-langkah tindakan
} Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
} Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
} Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Hampir sama dengan penulisan RPH.
} Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.
b Perancangan cara mengumpul data
} Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
} Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’. Tujuannya untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data yang diperoleh.
} Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
} Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian
c Perancangan cara menganalisis data
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
} *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.
} *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
} *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. Perlu diberi perhatian untuk penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan (sem 8)
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
a. JADUAL PELAKSANAAN KT
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.
i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
iv. Merancang tindakan – 3 hari
v. Melaksanakan tindakan – 8 hari
vi. Menganalisis tindakan – 2 hari
vii. Membuat refleksi – 1 hari
viii. Menulis laporan kajian – 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari
  1. KOS KAJIAN
} Sediakan dalam bentuk jadual:
 Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
} Pengangkutan
} Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian
PENULISAN RUJUKAN
} Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:
 Jurnal
 Buku
 Buku dalam buku
 Topik dalam buku
 ERIC document
 Jurnal online
 Tesis, Laporan
 Seminar, prosiding
 dll

No comments: