Monday, January 28, 2008

CONTOH KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH RENDAH

Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.
Mastura bt Ismail
SK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar.
1. OBJEKTIF
a)Umum
Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.
Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.
b)Khusus
i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .
ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan
gambarajah,carta dan peta konsep.
2. METADOLOGI
Metadologi yang digunakan :
i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.
3. PERLAKSANAAN KAJIAN
a) Tinjauan Masalah
i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum
mencapai target dari segi kualiti gred.
ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic
Sains.
iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.
iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja.
v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.
b) Perlaksanaan program
i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan
ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik
c) Tindakan yang dijalankan
i Menjalankan Ujian Pra
ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuan
iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari
rujukan .
vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.
vii Ujian Post
4. DAPATAN KAJIAN
a) Analisis Data
i Analisis Ujian Pra
ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis perlakuan murid
v. Analisis Ujian Post
b) Rumusan
i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh
ii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang
dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibat
secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil
dipertandingkan.
5. REFLEKSI KAJIAN
a.) Pencapaian murid
Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis.
b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang baik
pada setiap pelajar.
c) Proses Pengajaran dan pembelajaran
Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik
pengajaran yang pelbagai.
6. CADANGAN
Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri penemuan
dalam membina konsep fotosintesis.

12 comments:

uden said...

sebagai guru, bagaimana kajian tindakan yang saya jalankan dapat membantu kualiti pnp di sekolah saya? terimakasih.

RESEARCH@IPBMM said...

saudara uden,
kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. kaedah guru berkenaan berkesan. dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. itulah intipati kajian tindakan. membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan (guna kaedah demonstrasi). harapan saya agar jawapan ini dapat membantu saudara.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya merupakan seorang pelajar DPLI dalam bidang kejuruteraan yang sedang menjalankan Kajian Tindakan bagi memenuhi kehendak jam kredit pembelajaran.
Di sini saya ada beberapa kekusutan yang ingin di utarakan kepada pihak tuan/puan.Pensyarah saya menyatakan:
1) Kajian tindakan tidak akan ada Ujian diagnostik dan ujian post kerana akan melibatkan statistik. Kajian tindakan hanya melibatkan pemerhatian dan kaedah mengatasi.adakah ini benar?
2) Sila beri penerangan terperinci perkara yang sepatutnya terdapat dalam kajian tindakan.

Sekian,Fairuz

norini said...

aikum...
saya norini pismp oum 6c,
saya ada masalah dengan kajian penyelidikan saya,
tajukny: pendekatan inkuiri penemuan dalam meningkatakan penguasaan kemahiran asas sains(memerhati, meramal, membuat perbandingan) di kalangan murid prasekolah.

kajian saya berbentuk kuantitatif.
macamana nak buat penilaian pada murid prasekolah.
sebab murid prasekoah tak boleh dibuat penilaian dengan tengok markah ujian bertulis.

Anonymous said...

salam..pd ilmu yg sy peroleh:...dr huraian yg diberitahu oleh pelajar DPLI jurusan kejuruteraan tu betul....kajian tindakan x mcm kajian kes or tesis....kajian tindakan melibatkan jangka masa yg pendek..y hanya melibatkan pemerhatain dan tindakan segera....yg sy tau..skema utk kajian tindakan camni:

1. tajuk kajian
2. nama penyelidik
3. nama sekolah
4. abstrak
5. refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
6. isu keprihatinan/fokus kajian
7. objektif kajian
8.kumpulan sasaran
9.tindakan yang dicadangkan
10. jadual pelaksanaan
11. kos kajian(optional).

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nor Khatimah Ismail said...

Saudara,
Saya Cikgu Nor Khatimah dari Terengganu.
Tahniah kepada semua yang berjaya menjalankan kajian tindakan dalam mata pelajaran masing-masing. Kajian tindakan boleh membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Apa yang dinyatakan oleh kawan kita tentang skema kajian tu ada sedikit pembetulan. sekiranya terdapat kos dan jadual, ini maksudnya baru diperingkat kertas cadangan. Terima kasih.

Nor Khatimah said...

Tahniah kepada semua yang telah berjaya menghasilkan kajian tindakan. Apa yang dikatakan oleh saudara kita tentang skema kajian tersebut perlu penambahbaikan kerana jadual dan kos hanya wujud semasa kertas cadangan sahaja. Terima kasih.

JPIPK@IPG KBM said...

O.. Terima kasih atas teguran. kalau nak contoh Laporan Penyelidikan Tindakan pelajar PISMP, ada di IPG. Tapi kalau nak contoh Laporan penulisan guru, boleh rujuk Manual Kajian Tindakan, EPRD. InsyaAllah yang tu betul formatnya.

Anonymous said...

Selamat pagi DR/Prof/Tuan/Puan.

Saya merupakan salah seorang pelajar PPGUMS Matematik ( UMS Sabah ).

Pertanyaan :

Di mana saya boleh mendapatkan contoh-contoh kajian kes, kajian tindakan ?
( Format penulisan )

Apa perbezaan antara Kajian Kes dan Kajian Tindakan ?

Terima kasih.

JPIPK@IPG KBM said...

Cikgu PPG,
Contoh penulisan lengkap boleh diperoleh melalui jabatan di IPGKampus. kalau UMS tidak pasti sebab rasanya cikgu batch pertama PPG di UMS. Di Sabah, cikgu boleh pegi ke IPG Gaya dan IPG Kent serta yang lain.
Format penulisan di IPG diberikan oleh IPGM Tapi kalau cikgu perlukan format IPGM, dalam blog ini ada dinyatakan. Goggle je cikgu..
Emm.. kajian kes dan kajian tindakan memang berbeza. PPG perlu buat kajian tindakan utk pengajaran di sekolah masing2. Tujuan kajian tindakan adalah untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penyelidik. Ia mempunyai refleksi P n P yang mana masalah kajian dikenalpasti. Selepas itu, cikgu perlu membuktikan masalah berkenaan menggunakan alat2 kajian. Setelah itu, cikgu perlu mencari kaedah, teknik, BBM, BBB, yang boleh menyelesaikan masalah yg dihadapi. Kemudian melaksanakan tindakan, seterusnya menggunakan alat2 kajian untuk membuktikan bahawa tindakan yg diambil telah berjaya menyelesaikan masalah yg dihadapi.

JPIPK@IPG KBM said...

Cikgu PPG,
Contoh penulisan lengkap boleh diperoleh melalui jabatan di IPGKampus. kalau UMS tidak pasti sebab rasanya cikgu batch pertama PPG di UMS. Di Sabah, cikgu boleh pegi ke IPG Gaya dan IPG Kent serta yang lain.
Format penulisan di IPG diberikan oleh IPGM Tapi kalau cikgu perlukan format IPGM, dalam blog ini ada dinyatakan. Goggle je cikgu..
Emm.. kajian kes dan kajian tindakan memang berbeza. PPG perlu buat kajian tindakan utk pengajaran di sekolah masing2. Tujuan kajian tindakan adalah untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penyelidik. Ia mempunyai refleksi P n P yang mana masalah kajian dikenalpasti. Selepas itu, cikgu perlu membuktikan masalah berkenaan menggunakan alat2 kajian. Setelah itu, cikgu perlu mencari kaedah, teknik, BBM, BBB, yang boleh menyelesaikan masalah yg dihadapi. Kemudian melaksanakan tindakan, seterusnya menggunakan alat2 kajian untuk membuktikan bahawa tindakan yg diambil telah berjaya menyelesaikan masalah yg dihadapi.