Monday, January 21, 2008

FORMAT PENULISAN KAJIAN TINDAKAN MENGIKUT MODEL

MODEL KAJIAN TINDAKAN (KURT LEWIN)
**** Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat
4. Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas
5. Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
6. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
7. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

** Refleksi boleh wujud di mana-mana bahagian

MODEL KAJIAN TINDAKAN ( STEPHEN KEMMIS)
**** Masalah tidak diketahui. Kenapa ia berlaku

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
6. Refleksi

LINGKARAN 2

1. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
2. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
3. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
4. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki


MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)
****** Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
5. Perancangan Tindakan

Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4

Huraikan semua dapatan tindakan di atas, pelaksanaan dan kesannya.

6. Refleksi : Huraian kejayaan

MODEL KAJIAN TINDAKAN (EPRD)
1. Abstrak
2. Refleksi P & P
3. Isu keperihatinan / Fokus kajian
4. Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5. Kumpulan sasaran
6. Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah
c. Tindakan yang dijalankan
d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksi
ii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi
e. Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
f. Cadangan untuk kajian seterusnya.

8 comments:

Anonymous said...

Thanks for the valuable info, Dr Rosinah... I am sure our readers will appreciate it very much! Keep on contribute...

Anonymous said...

tak ada pun contoh kajian tindakan..kalau boleh yang bersesuaian di sekolah rendaah.. permudahkan kajian.. ringkas,padat kerana banyak masalah dari segi masa.. habis masa utk buat kajian anak murid terbengkalai.

JPIPK@IPG KBM said...

saudara sukma,
kajian tindakan yang guru lakukan di sekolah bukan dalam skala besar seperti yang kita lakukan semasa di universiti. kita lakukan kajian kecil untuk membantu diri sendiri menyelesaikan masalah sendiri dalam usaha menyampaikan ilmu. contoh kajian sudah dimuatkan dalam blog ini. insya-Allah kami akan letakkan contoh-contoh lain untuk panduan semua pembaca.

syuhadah_mohdzawi said...

terima kasih utk info ini.
bagi seorang guru novis seperti saya,
info ini sangat berguna dan menjadi panduan kepada kajian tindakan yang akan dilakukan.

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih atas ilmu yang dikongsi bersama. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pensyarah semua terutamanya dalam memenuhi kriteria kenaikan pangkat. Terima kasih dari Zihan.

Mantan Pelajar IBMM, KL said...

Salam sejahtera, saya mantan pelajar KDPM 2001-2003 dan KSPK 2008 di IPBMM. Tahniah atas kewujudan blog ini. Maklumat kajian tindakan ini memudahkan saya untuk terus menimba ilmu.

Mantan pelajar IBMM, KL
http://cikguhaidi.wordpress.com

jeffri nasir said...

Salam..Saya merupakan pelajar semester 7 PISMP.Saya ingin bertanya 2 soalan:

1.Adakah wajib kita memebuat tinjuana literatur dalam kajian kita?Kerana lecturer kami mewajibkan kami memasukkan tinjuan literatur dalam kajian kami.Tapi bila saya baca format kajian tindakan dalam blog ini,tidak dinyatakan tentang tinjuan litertur itu.

2.Bolehkah saya menggantikan ujian pos dan ujian pra dengan soal selidik sebelum dan selepas kajian serta pemerhatian?Ini kerana saya membuat kajian tindakan dalam subjek Sivik Dan Kewarganegaraan dan subjek ini menekankan nilai2 murni lebih daripada kognitif.

saya harap admin boleh membantu saya dengan persoalan diatas.Bantuan admin sangat saya hargai.terima kasih.

Jeffri Nasir (IPGK Sultan Mizan)

Anonymous said...

Wow thаt was strange. I just wrоte an extremely long сomment but after I cliсked submіt mу comment didn't show up. Grrrr... well I'm not writіng all
that over agaіn. Аnywаys, ϳust wanted to sаy suρerb blоg!


Feel fгee to νisit mу site - maroc annonce emploi