Kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu.
Kutipan data melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen.
Menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana.
Penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan.
Pendekatan kajian kualitatif—kajian kes, etnografi & grounded theory.
Menggunakan persampelan bertujuan.
Analisis data mengikut Miles & Huberman (1994) terdiri daripada data reduction, data display dan conclusion.
2 comments:
Assalammualaikum..!!
Saya ada satu persoalan, adakah wajar sekiranya kajian kualitatif ini dijalankan ke atas diri dan pelajar saya sendiri? Jika ianya boleh, bagaimana pula proses dalam kesahan data yang diterima dalam proses temubual terhadap pelajar sendiri?
Salam,
Saya memetik artikel dari buku 'Qualitative Research for Education:An Introduction To Theories And Method' karangan Robert C. Bogdan & Sari Knopp Biklen. Mereka mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap sesuatu yg kita tidak terlibat secara langsung dengannya. Ini bertujuan mengelakkan berlaku bias, kurang naturality dsb.Keterbatasan mungkin juga berlaku apabila responden kita dalam kalangan org yg biasa dengan kita. Mereka mungkin tidak bebas untuk meluahkan dan menyatakan pendapat sebenar mereka.Kesan autoriti juga mungkin menyebabkan keesahan data yang diperolehi boleh diragui.
Salam.
Post a Comment