Tuesday, January 8, 2008

BLOG PENYELIDIKAN JAB. R&D IPBMM YANG PERTAMA

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Untuk pengetahuan saudara/i, blog ini merupakan blog ilmiah pertama yang diwujudkan khas untuk Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Blog ini dibangunkan dalam usaha menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik di IPBMM khususnya dan keseluruhan pendidik di Malaysia amnya. Semoga usaha jabatan ini akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada segenap lapisan warga pendidik yang telah lama berbakti dan berbudi, serta yang bakal menjadi warga pendidik. Manfaatkanlah blog ini demi pembangunan bangsa Malaysia yang berdaya saing di peringkat global.

Maka, pada hari ini, 8 Januari 2008, bermulalah era baru dalam bidang penyelidikan dan pembangunan di IPBMM. Semoga usaha ini diberkati Ilahi dan memberi manfaat kepada manusia sejagat amnya dan seluruh warga IPBMM khususnya.

4 comments:

Anonymous said...

suatu usaha yang saya kira amat baik dalam usaha kita menjayakan PIPP 2006/2010. perkongsian ilmu secara dalam talian seperti ini harus digalakkan kerana bukan sahaja mudah tetapi dapat diakses oleh segenap lapisan masyarakat dari seluruh dunia. mungkin saudara dapat memuatkan artikel/bahan berbahasa inggeris juga. Syabas dan tahniah! Teruskan usaha ini.

jazrul said...

usaha yang bagus

web designer

jazrul said...

tahniah saya ucapkan kerana kagigihan

web designer

Othman Talib said...

Tahniah atas blog yang membuka medan percambahan ilmu...

Othman Talib
drotspss.blogspot.com